<b>Makanan Tradisional</b> - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blogger - Blog Makanan di Perak |
- <b>Makanan Tradisional</b> - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blogger
- TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger
- Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b>: 7 Info Wisata Belanja Menarik di Jogja <b>...</b>
- <b>makanan tradisional</b> negeri <b>perak</b> - makanan istimewa negeri <b>...</b>
- TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger
- Pesta <b>Makanan Tradisional</b> L... - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blogger
<b>Makanan Tradisional</b> - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 05 Jul 2014 01:18 AM PDT | ||||||||||||||||||||||||||||||
TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 08 Jul 2014 01:42 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Adooooiii...tibe2 rase nak makan penampo makanan Orang Perak.... Rase lame benor tak dapat melantak makanan Perak nih.. Mak abah aku mmg terer le bab-bab masak ni.. lagi Pak Ajit tu.. Mengalahkan Chef Wan~ Tu ~Tri ~Por! Ni nak masukkan gambo2 makanan & minuman yang biase mak abah aku masak utk kami anak beranak... LAPOOOORRR!!!
Abah aku suke benor beli buah ni time bulan puasa... sbb xnak rase buah ni...xtau le nape...bukan xsedap.. cume xgemor le...
Perghhh~~ Sedap benor le serawe ni... Lagi2 kalo letaknye ais... Menambah-nambah dibuatnye... Ni abah aku le suke buat...kalo ade kuinin je mesti dia beli santan siap2... nak dibuatnye serawa
Pais ni aku suke gak makan... Selagi namenye ikan mesti aku makan...kecuali gulai tempoyak je laa... tu pun kuah je aku xmakan... Ikan dia aku telan.. NGAP!!!
Ya Allah~ Sedapnye la wey...jgn kate la bai... Bapak aku jugak le yg suke beli ni utk makan tghari... Meletop! Sedap gile makan ngan nasik panas!!
Bapak aku lagi!!! Ni kalo bapak aku msak...mmg belemak betul... lepas makan bleh trus potong kaki leee....
Uuii mak...sedapnye la wey...tgok je pun dah Tap! Tap! ayor lior teman... Mak aku le yg pandai masak sambal ni... Petai dia rase fresh je bile makan Crunchy gitu... Kalo org len masak petai rase lemau... (tapi dah kurang makan petai skrg)
Ni aku sedap gak...tapi aku kurang sket makan...mungkin aku xsuke makanan masam2 kot...
Sedapnye la haiiii.... Aku tak suke gulai tempoyak...tapi kalo tempoyak masak aku bedal. Pelik~~ NGAP!!!! Dah citer pasal lauk-pauk...kita cakap pasal kudap2 n kuih-muih pulak... Nom~ Nom~ Nom~
Ni bukan dadah yea adik-adik... ni la Sagon...atau org panggil sagu.. Rasenye sedap~~ Alhamdulillah! Tapi bila nak makan kena hati2...jgn sampai tersedak... kalo dah tersedak boleh teberak!!! NGAP!!!
Rase kuih ni manis2... Makan ni pun hati2...sebab meleleh-leleh je... kang belemoih!! NGAP!!!
Selalu dihidang time raye... time tak raye pon ade... seronok makan depan tv... Ngap! Ngap! Ngap!
Pergh!! Feveret aku... dulu selalu la jumpa time kenduri... xkire la kenduri ape pun... tapi sekarang dah kurang lee... nak buat pon renyah~~ NGAM!!!!
Mak aku kalo dapat ubi kayu mesti buat penjan ni cicah ngan nyior garam dia suruh belajo makan care org dulu2... (yelaaaa tu~) NGAP!!!
Bahasa senangnye lempeng le...tapi kalo sebut lempeng xde le macam bunyi PERAKnyeee... cakap pasal tepek nyior aku teringat ngan bekas kapten aspuri aku time sekolah dulu... Selalu panggil dia tepek nyior... xtau nape...tapi dia bersajak sedap! sedap cam tepek nyior
~SEKIAN~ | ||||||||||||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b>: 7 Info Wisata Belanja Menarik di Jogja <b>...</b> Posted: 07 Jul 2014 01:15 AM PDT Yogyakarta merupakan salah satu kota yang terkenal akan wisata belanjanya. Diantaranya terdapat berbagai macam varian belanja, seperti makanan minuman, fashion, kerajinan kulit, perak, gerabah, batik, pernak-pernik khas jawa dan lain sebagainya. Untuk itu, KoperTrip Jogja Trans mencoba menghadirkan sebuah postingan yang memuat tentang info wisata belanja menarik di Yogyakarta. Simak penjelasannya dibawah ini: 1. Pasar Beringharjo 2. Malioboro 3. Kasongan 4. Pasar Seni Gabusan 5. Sentra Industri Kulit Manding 6. Sentra Kerajinan Perak Kotagede 7. Kampung Batik Ngasem Demikian tadi sekelumit informasi mengenai wisata belanja menarik di Yogyakarta. Semoga bermanfaat bagi kita semua. Jika Anda ingin jalan-jalan atau membutuhkan akomodasi wisata di Jogja, silahkan langsung hubungi KoperTrip Jogja Trans (sewa mobil dan motor, paket wisata Jogja dan booking hotel Jogja) di 082138373973 / 085643493191 atau pin BB 31752374. | ||||||||||||||||||||||||||||||
<b>makanan tradisional</b> negeri <b>perak</b> - makanan istimewa negeri <b>...</b> Posted: 26 Feb 2013 09:34 AM PST Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis. Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan. Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2. Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Teh. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar. Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar ini mempunyai kelainan dari laksa tempat lain dari segi kepekatan kuahnya. Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri. Rendang Tok, makanan tradisi popular dan istimewa di Perak Chee Cheong Fun, makanan istimewa kaum Cina di Perak Nasi kandar, makanan popular kaum India. Kesukaan ramai termasuk kaum Melayu dan Cina.Sangat masyhur di Perak. Posted by : Neevaarthana a/p subramaniam | ||||||||||||||||||||||||||||||
TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 02 Jun 2014 01:37 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini. Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi. Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak. Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi. Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan?? Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua. -Ahmad Fauzi Aryaan- | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pesta <b>Makanan Tradisional</b> L... - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 09 Jun 2014 02:11 AM PDT http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment