Produk <b>Makanan</b> Mampu Jadi Daya Tarikan <b>...</b> - berita <b>perak</b> today - Blog Makanan di Perak |
Produk <b>Makanan</b> Mampu Jadi Daya Tarikan <b>...</b> - berita <b>perak</b> today Posted: 24 Jun 2014 01:07 AM PDT Tidak dinafikan, produk makanan juga berpotensi menjadi daya penarik kepada sektor pelancongan di sesebuah negeri. Menurut Exco Kebudayaan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, kepelbagaian produk makanan yang terdapat di Perak mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk melawat negeri itu. "Kita sedia maklum kepelbagaian pilihan makanan telah menjadi salah satu daya penarik pelancong untuk berkunjung ke bandaraya Ipoh. "Kini, Ipoh sudah terkenal atau sinonim dengan jolokan "Ini akan meningkatkan lagi potensi Ipoh dan seterusnya negeri Perak sebagai hub untuk pelancong datang ke sini," ujarnya lagi. Terdahulu, beliau merasmikan Restoran FS Asam Pedas Claypot yang beroperasi di Medan Meru Raya dekat Ipoh. Restoran Asam Pedas Claypot tersebut baru sebulan beroperasi dan diusahakan oleh seorang usahawan muda berusia 23 tahun, Noor Faizah Mohd Radzuan. Nolee Ashilin berkata lagi, kedudukan Ipoh yang strategik juga mampu menjadikan bandar itu sebagai satu daya tarikan pelancong untuk berkunjung di situ. "Kita lihat pada hari ini bahawa Ipoh adalah kawasan yang berada di tengah-tengah Lebuhraya Utara-Selatan sekaligus berpotensi untuk menarik pelancong terutamanya pelancong domestik bukan sahaja untuk makan tetapi juga untuk menginap di sini. "Ini salah satu strategi kerajaan negeri untuk menjadikan Ipoh sebagai tempat yang boleh dikunjungi dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan makanan yang boleh dinikmati. "Dengan adanya sebuah restoran Asam Pedas di Ipoh, ia mampu menjadikan bandar raya sebagai tarikan tanpa perlu mereka pergi ke Melaka untuk merasai masakan tersebut," tambahnya. Sementara itu, Nolee Ashilin turut berharap agar pengusaha restoran di negeri tersebut menjaga kualiti dan kebersihan makanan kerana aspek itu akan diambil kira oleh para pelancong. Katanya, di Ipoh sahaja, terdapat kira-kira 40 kafe yang baru dibuka dengan menyajikan pelbagai jenis makanan. "Kita akan menyediakan satu risalah berkaitan Cafe Trials di samping mengemaskini risalah yang sedia ada iaitu Perak Food Trials dan Ipoh Food Trails dari semasa ke semasa," katanya lagi. CommentsLike FB Perak Today |
1404 Premis <b>Makanan</b> Diperiksa <b>Di</b> Terengganu <b>...</b> - berita <b>perak</b> today Posted: 09 Jul 2014 01:52 AM PDT HULU TERENGGANU: Sebanyak 1,404 premis makanan daripada keseluruhan 4,500 premis di negeri ini diperiksa bagi memastikan kebersihan sejak awal Ramadan. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan pihak berkuasa tempatan. Beliau berkata dalam pemeriksaan itu, sebanyak 146 sampel makanan diambil untuk diuji yang jika didapati keputusannya tidak memuaskan, pemilik premis akan dikenakan tindakan. Beliau berkata demikian ketika melawat Bazar Ramadan Kuala Berang di sini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, isterinya Toh Puan Siti Nurbiha Mohd Bisharuddin, Ketua Pemuda Umno Negeri, Johari Abu Bakar serta Ketua Puteri Umno Negeri, Rozita Ismail. Terdapat 4,500 premis di 61 Bazar Ramadan di Terengganu iaitu 2,265 di Kuala Terengganu, Dungun (590), Besut (460), Kemaman (385), Marang (292), Hulu Terengganu (256), serta Setiu (252). Sementara itu, Jailani meminta peniaga di Hulu Terengganu supaya meletak tanda harga makanan bagi mengelak kekeliruan pembeli. Beliau turut mengagihkan apron kepada para peniaga. -mstar CommentsLeave a Reply Cancel replyTweets {{tweet}} ]]> Like FB Perak Today |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment