<b>makanan tradisional</b> negeri <b>perak</b> - makanan istimewa negeri <b>...</b> - Blog Makanan di Perak |
- <b>makanan tradisional</b> negeri <b>perak</b> - makanan istimewa negeri <b>...</b>
- TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger
- <b><b>Makanan</b></b> - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b>
- FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, <b>Perak</b> | Khir Khalid
- <b><b>Makanan Tradisional</b></b> - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blogger
<b>makanan tradisional</b> negeri <b>perak</b> - makanan istimewa negeri <b>...</b> Posted: 26 Feb 2013 09:34 AM PST Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis. Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan. Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2. Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Teh. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar. Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar ini mempunyai kelainan dari laksa tempat lain dari segi kepekatan kuahnya. Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri. Rendang Tok, makanan tradisi popular dan istimewa di Perak Chee Cheong Fun, makanan istimewa kaum Cina di Perak | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 08 Jul 2014 01:42 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Adooooiii...tibe2 rase nak makan penampo makanan Orang Perak.... Rase lame benor tak dapat melantak makanan Perak nih.. Mak abah aku mmg terer le bab-bab masak ni.. lagi Pak Ajit tu.. Mengalahkan Chef Wan~ Tu ~Tri ~Por! Ni nak masukkan gambo2 makanan & minuman yang biase mak abah aku masak utk kami anak beranak... LAPOOOORRR!!!
Abah aku suke benor beli buah ni time bulan puasa... sbb xnak rase buah ni...xtau le nape...bukan xsedap.. cume xgemor le...
Perghhh~~ Sedap benor le serawe ni... Lagi2 kalo letaknye ais... Menambah-nambah dibuatnye... Ni abah aku le suke buat...kalo ade kuinin je mesti dia beli santan siap2... nak dibuatnye serawa
Pais ni aku suke gak makan... Selagi namenye ikan mesti aku makan...kecuali gulai tempoyak je laa... tu pun kuah je aku xmakan... Ikan dia aku telan.. NGAP!!!
Ya Allah~ Sedapnye la wey...jgn kate la bai... Bapak aku jugak le yg suke beli ni utk makan tghari... Meletop! Sedap gile makan ngan nasik panas!!
Bapak aku lagi!!! Ni kalo bapak aku msak...mmg belemak betul... lepas makan bleh trus potong kaki leee....
Uuii mak...sedapnye la wey...tgok je pun dah Tap! Tap! ayor lior teman... Mak aku le yg pandai masak sambal ni... Petai dia rase fresh je bile makan Crunchy gitu... Kalo org len masak petai rase lemau... (tapi dah kurang makan petai skrg)
Ni aku sedap gak...tapi aku kurang sket makan...mungkin aku xsuke makanan masam2 kot...
Sedapnye la haiiii.... Aku tak suke gulai tempoyak...tapi kalo tempoyak masak aku bedal. Pelik~~ NGAP!!!! Dah citer pasal lauk-pauk...kita cakap pasal kudap2 n kuih-muih pulak... Nom~ Nom~ Nom~
Ni bukan dadah yea adik-adik... ni la Sagon...atau org panggil sagu.. Rasenye sedap~~ Alhamdulillah! Tapi bila nak makan kena hati2...jgn sampai tersedak... kalo dah tersedak boleh teberak!!! NGAP!!!
Rase kuih ni manis2... Makan ni pun hati2...sebab meleleh-leleh je... kang belemoih!! NGAP!!!
Selalu dihidang time raye... time tak raye pon ade... seronok makan depan tv... Ngap! Ngap! Ngap!
Pergh!! Feveret aku... dulu selalu la jumpa time kenduri... xkire la kenduri ape pun... tapi sekarang dah kurang lee... nak buat pon renyah~~ NGAM!!!!
Mak aku kalo dapat ubi kayu mesti buat penjan ni cicah ngan nyior garam dia suruh belajo makan care org dulu2... (yelaaaa tu~) NGAP!!!
Bahasa senangnye lempeng le...tapi kalo sebut lempeng xde le macam bunyi PERAKnyeee... cakap pasal tepek nyior aku teringat ngan bekas kapten aspuri aku time sekolah dulu... Selalu panggil dia tepek nyior... xtau nape...tapi dia bersajak sedap! sedap cam tepek nyior
~SEKIAN~ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
<b><b>Makanan</b></b> - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> Posted: 02 Jun 2014 01:37 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini. Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi. Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak. Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi. Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan?? Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua. -Ahmad Fauzi Aryaan- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, <b>Perak</b> | Khir Khalid Posted: 21 Aug 2014 04:16 AM PDT FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak – Program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak yang telah berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos 2014, dimulakan dengan aktiviti lawatan ke Kampung Pendiat. Ia merupakan lokasi pertama yang kami jejaki dari pejabat Tourism Malaysia Perak di Ipoh. Ketibaan kami melangkaui apa yang aku jangkakan apabila disambut dengan paluan kompang, persembahan silat serta jamuan makan tengah hari yang sangat menyelerakan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional di tepian Sungai Perak dengan keluasan 3km persegi yang terletak di dalam Mukim Bota di daerah Perak Tengah. Antara tarikan yang terdapat di kampung ini adalah warisan berzaman yang masih lagi dipraktikkan sehingga kini seperti permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional serta permainan tradisional. Kampung ini juga turut menyediakan Homestay kepada pelancong. Namun disebabkan jadual yang padat, kami tidak kesempatan untuk melawat lokasi Homestay Pendiat tersebut secara satu persatu. Tetapi, kami diberi penerangan dalam satu sesi taklimat yang diadakan. Anda boleh baca tentang Homestay Pendiat di sini >>>> Homestay Pendiat Bota Pelancong yang berkunjung ke Homestay Pendiat ini juga berpeluang menjalani aktiviti air yang diadakan di aliran Sungai Perak seperti memancing, menjala serta menggagau ikan, berkayak, berakit serta pelbagai lagi aktiviti menarik. Homestay ini juga terletak berhampiran produk pelancongan terkenal di negeri Perak seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan Lumut Bandar Perlancongan dan Maritim. Bagi anda yang bercadang untuk menginap di Homestay Pendiat, aku sediakan maklumat pakej dan aktiviti yang ada di sini :- Pakej Homestay Pendiat - Sambutan selamat datang - Sarapan pagi / makan tengahhari / minum petang / makan malam - Penginapan di rumah keluarga angkat - Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung Aktiviti - Lawatan ke Industri Kecil dan Sederhana (IKS) - Persembahan kebudayaan - Lawatan sekitar kampung - Sukan rakyat - Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan - Penyerahan cenderamata Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay Pendiat, anda boleh hubungi maklumat di bawah: Puan Mariam bt Ishak Pengerusi / Penyelaras Homestay Pendiat Lot 5056 Bt 7 3/4 Kg Pendiat Bota Kanan 32600 Bota Perak Darul Ridzuan Tel: 6017 579 6251 Sepetang Di Kampung Pendiat, Bota, PerakDi sini, aku kongsikan pengalaman bergambar agar anda dapat melihat sendiri keadaan serta suasana sepetang kami sepanjang berada di Kampung Pendiat, Bota, Perak ini.
Sesi taklimat ringkas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat sejurus selesai kami menjamu selera. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Homestay Pendiat serta keistimewaan yang terdapat di Kampung Pendiat ini. Kami juga turut diperkenalkan kepada ketua Kampung Pendiat serta ucapan alu-aluan menyambut kedatangan kami semua.
Setelah selesai sesi taklimat yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Kampung Pendiat, kami dibawa untuk melawat beberapa lokasi menarik berhampiran. Lokasi pertama yang kami singgah adalah 'Rumah Residen' yang merupakan salah satu lokasi bersejarah di Kampung Pendiat. Aku difahamkan bahawa rumah Residen ini telah berusia lebih 200 tahun dan ia telah diserahkan dibawah penjagaan warisnya. Rumah ini juga menjadi antara lokasi popular aktiviti 'photoshoot' terutamanya untuk pasangan pengantin baharu.
Lawatan diteruskan ke beberapa lagi lokasi menarik di kawasan sekitar, namun ia akan aku kongsikan lagi di artikel-artikel yang lain. Setelah selesai lawatan, kami kembali ke Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat untuk minum petang disamping beramah mesra dengan aktiviti sukaneka. Upps.. sebelum terlupa… Bagi acara sukaneka, team aku mendapat tempat pertama… yeay menang!!.. :D
Kenangan FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 di Kampung PendiatAktiviti kami di Kampung Pendiat berakhir sekitar jam 5 petang. Sempat mengabadikan gambar beramai-ramai sebelum berangkat ke Teluk Intan untuk acara memancing, program Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 yang telah aku coretkan di >>>> SINI Lepas ini aku sekeluarga bercadang hendak bermalam pula di Homestay Pendiat… layan berakit dan menjala dengan orang Kampung Pendiat… syok ooo!! Moh kita ke Perak!!.. J
Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang perlancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu. Tourism Malaysia Perak No. 12, Medan Istana 2 Bandar Ipoh Raya Perak Darul Ridzuan Tel: +605 255 2772/9962 Fax: +605 253 2194 www.tourismmalaysia.gov.my Anda juga dipersilakan untuk like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk mengetahui sebarang maklumat serta aktiviti terkini di Perak: Like Facebook - Tourism Malaysia Perak Salam Hormat Khir Khalid | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
<b><b>Makanan Tradisional</b></b> - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 30 May 2014 02:10 AM PDT http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Terbaik! :D
ReplyDeleteDaftar Syarikat merupakan Pendaftar Syarikat yang berdaftar dengan SSM.