TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blog Makanan di Perak |
TRAVEL - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> Posted: 09 Sep 2014 01:32 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini. Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi. Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak. Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi. Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan?? Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua. -Ahmad Fauzi Aryaan- |
Blog Makanan di <b>Perak</b>: [TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> <b>...</b> Posted: 29 Mar 2014 02:19 AM PDT Cuba bayangkan .. Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP. Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini. Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri..
Rombongan kami disambut dengan kompang Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi.
Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*
yang topi oren ni semua orang kampung teman
akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini
urmmmm
Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!
Nak try??
Bahan-bahan nak buat Putu Mayam
yong tau foo
sedapnya
dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura
urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. makanan pun dah habis
Gulai Kemahang
Rendang Daging Hitam
Gulai Lemak Pisang & Daging Salai
Ikan Pekasam Goreng
Resepi Kebebe
kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap
okay sumpah sedap. nak lagi please?
Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam
Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana.. "Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"
VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!
eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa
dalam khemah sama, tapi berbeza waktu amboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal
masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!
food presentation paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami Nyum, Nyum, Onomnomnomnom
makcik-makcik kampung yang peramah
orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak
suasana hangat
makanan dah sedia dihidangkan
Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori
Ikan Panggang
Masak Keladi
Ikan Pais
sambal tempoyak dan sambal belacan and ... and .. and
kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
best!!! Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.
teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis
Majlis Perasmian
Orang ramai tak putus-putus datang.. Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya ~bersambung~ |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment