Blog <b>Makanan di Perak</b>: “Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu <b>...</b> - Blog Makanan di Perak |
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: “Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu <b>...</b>
- Rancang Jadikan <b>Perak</b> Pengeluar <b>Makanan</b> Utama Negara – DS <b>...</b>
- Usahawan PKS Di Perak Terus Dibantu - Blog <b>Makanan di Perak</b>
Blog <b>Makanan di Perak</b>: “Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu <b>...</b> Posted: 20 Sep 2015 02:09 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Adooooiii...tibe2 rase nak makan penampo makanan Orang Perak.... Rase lame benor tak dapat melantak makanan Perak nih.. Mak abah aku mmg terer le bab-bab masak ni.. lagi Pak Ajit tu.. Mengalahkan Chef Wan~ Tu ~Tri ~Por! Ni nak masukkan gambo2 makanan & minuman yang biase mak abah aku masak utk kami anak beranak... LAPOOOORRR!!!
Abah aku suke benor beli buah ni time bulan puasa... sbb xnak rase buah ni...xtau le nape...bukan xsedap.. cume xgemor le...
Perghhh~~ Sedap benor le serawe ni... Lagi2 kalo letaknye ais... Menambah-nambah dibuatnye... Ni abah aku le suke buat...kalo ade kuinin je mesti dia beli santan siap2... nak dibuatnye serawa
Pais ni aku suke gak makan... Selagi namenye ikan mesti aku makan...kecuali gulai tempoyak je laa... tu pun kuah je aku xmakan... Ikan dia aku telan.. NGAP!!!
Ya Allah~ Sedapnye la wey...jgn kate la bai... Bapak aku jugak le yg suke beli ni utk makan tghari... Meletop! Sedap gile makan ngan nasik panas!!
Bapak aku lagi!!! Ni kalo bapak aku msak...mmg belemak betul... lepas makan bleh trus potong kaki leee....
Uuii mak...sedapnye la wey...tgok je pun dah Tap! Tap! ayor lior teman... Mak aku le yg pandai masak sambal ni... Petai dia rase fresh je bile makan Crunchy gitu... Kalo org len masak petai rase lemau... (tapi dah kurang makan petai skrg)
Ni aku sedap gak...tapi aku kurang sket makan...mungkin aku xsuke makanan masam2 kot...
Sedapnye la haiiii.... Aku tak suke gulai tempoyak...tapi kalo tempoyak masak aku bedal. Pelik~~ NGAP!!!! Dah citer pasal lauk-pauk...kita cakap pasal kudap2 n kuih-muih pulak... Nom~ Nom~ Nom~
Ni bukan dadah yea adik-adik... ni la Sagon...atau org panggil sagu.. Rasenye sedap~~ Alhamdulillah! Tapi bila nak makan kena hati2...jgn sampai tersedak... kalo dah tersedak boleh teberak!!! NGAP!!!
Rase kuih ni manis2... Makan ni pun hati2...sebab meleleh-leleh je... kang belemoih!! NGAP!!!
Selalu dihidang time raye... time tak raye pon ade... seronok makan depan tv... Ngap! Ngap! Ngap!
Pergh!! Feveret aku... dulu selalu la jumpa time kenduri... xkire la kenduri ape pun... tapi sekarang dah kurang lee... nak buat pon renyah~~ NGAM!!!!
Mak aku kalo dapat ubi kayu mesti buat penjan ni cicah ngan nyior garam dia suruh belajo makan care org dulu2... (yelaaaa tu~) NGAP!!!
Bahasa senangnye lempeng le...tapi kalo sebut lempeng xde le macam bunyi PERAKnyeee... cakap pasal tepek nyior aku teringat ngan bekas kapten aspuri aku time sekolah dulu... Selalu panggil dia tepek nyior... xtau nape...tapi dia bersajak sedap! sedap cam tepek nyior
~SEKIAN~ | ||||||||||||||||||||||||||||||
Rancang Jadikan <b>Perak</b> Pengeluar <b>Makanan</b> Utama Negara – DS <b>...</b> Posted: 17 Sep 2015 01:16 AM PDT IPOH: Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menjadikan Perak sebagai sebuah negeri pengeluar makanan utama bagi negara ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perancangan tersebut telah pun dilakukan melalui pelan Perak Amanjaya. "Kerajaan negeri telah pun membuat perancangan melalui Perak Amanjaya untuk menjadikan negeri Perak ini sebagai negeri pengeluar makanan untuk negara," katanya. Beliau berkata, sehingga saat ini, negeri Perak telah pun memperolehi pencapaian dalam beberapa kategori. "Antaranya daripada segi pengeluaran buah-buahan untuk peringkat negeri dan juga peringkat sara diri. "Kita berada pada tahap keempat dalam negara dan kita akan merancang untuk memastikan supaya pengzonan-pengezonan kawasan pertanian, penternakan dan juga perikanan akan terus dilakukan bagi menjadikan negeri Perak kita sebagai negeri pengeluar makanan utama di peringkat kebangsaan," jelasnya lagi. Zambry berkata lagi, untuk mencapai tujuan tersebut, ia memerlukan satu perancangan dan juga penelitian terhadap faktor-faktor tertentu. "Ia termasuk juga melihat keadaan tanah yang ada di seluruh negeri," katanya. Terdahulu, beliau telah merasmikan Agrofest dan 'Road to HPPNK' 2015 Peringkat Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng di sini, hari ini. Turut hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh Gumbek, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan barisan Exco kerajaan negeri. Dalam majlis itu juga, Zambry turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perak 2015. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke gerai-gerai pameran yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Comments | ||||||||||||||||||||||||||||||
Usahawan PKS Di Perak Terus Dibantu - Blog <b>Makanan di Perak</b> Posted: 04 Sep 2015 01:46 AM PDT Kerajaan negeri dan badan berkaitan perkembangan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada kira-kira 60,028 usahawan di seluruh Perak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Nizar Zakaria, usahawan PKS yang berdaftar itu giat menjalankan pelbagai perniagaan yang berpotensi. Tambah Nizar lagi, agensi seperti SME Corporation, MIDA, MATRADE, MPC dan MIDF telah melaksanakan pelbagai bentuk program berkaitan pembangunan usahawan di seluruh negara termasuklah di Perak dengan kerjasama bersama antara agensi seperti MARA, TEKUN, YBU dan Dorongan sentiasa diberikan kepada semua usahawan berkenaan dan perkembangannya dilihat cukup baik hasil piawaian dan perkembangan teknologi terkini," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Negeri Perak yang berlangsung pada 20 hingga sehingga hari ini di Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) Gopeng. Katanya lagi, pelaksanaan program seperti Tunas Usahawan Belia Bumiputera Malaysia (TUBE) merupakan antara bentuk dorongan dan batuan untuk menggalakkan golongan muda menjadi usahawan. "Para usahawan juga boleh mendaftar dengan SME Corporation Malaysia bermula sekarang untuk mendapatkan E-Baucar berkaitan dengan pelaksanaan Good and Service Tax (GST) sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan kepadanya," katanya lagi. Usahawan dalam bidang industri pemakanan pula dinasihati menggunakan sijil perakuan Halal yang diberikan pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan jujur dan amanah, tegasnya. "Setiap syarikat yang mendapat sijil perakuan berkenaan seharusnya bersifat jujur dan tidak hanya hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata," ulasnya lagi. Pengusaha produk makanan di Perak juga katanya, perlu menitikberatkan soal sensitiviti terutama sekali berkenaan pengendalian proses penyediaan produk makanan. Bancian terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik merekodkan 97.3 peratus atau 645,136 daripada keseluruhan pendaftaran perniagaan di Malaysia adalah PKS. Perak juga merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia dari segi pendaftaran perniagaan PKS iaitu sebanyak 9.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaftaran. Mengulas pula mengenai program tersebut, Mohd Nizar berkata penganjuran karnival keusahawanan melalui 19 program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang 'Minggu PKS' di seluruh Perak adalah penting untuk para pengusaha dan bakal usahawan di negeri itu. CommentsRelated PostsLike FB Perak Today |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment