Ops Cahaya 2015 : 628 Produk <b>Makanan</b> Telah Dirampas | <b>Perak</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Perak |
Ops Cahaya 2015 : 628 Produk <b>Makanan</b> Telah Dirampas | <b>Perak</b> <b>...</b> Posted: 05 Nov 2015 09:23 PM PST IPOH: Sebanyak 628 produk makanan telah dirampas dengan nilai rampasan RM3,445.10 dalam Operasi Deepavali (Ops Cahaya) yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Oktober lalu sehingga kini. Ops Cahaya tersebut telah dijalankan menerusi semua Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negeri ini secara serentak. Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon jumlah tersebut berbanding pada tahun 2014 melibatkan sebanyak 747 barang rampasan dengan nilai rampasan RM3,083.07 dijalankan. "Ops cahaya 2015 bermula daripada 19 Oktober hingga 6 November dan akan berterusan dengan mengadakan pemeriksaan di medan selera dan pasaraya," katanya dalam satu sidang media sejurus selepas turut serta melakukan pemeriksaan di beberapa medan selera dan pasaraya di Ipoh hari ini. Ops Cahaya merupakan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang juga meurpakan salah satu pemeriksaan rutin sentiasa diadakan khusus pada musim perayaan. "Setakat pemeriksaan sebentar tadi di Medan selera beberapa kompaun dan notis penutupan premis telah diberikana kepada pengusaha yang memiliki premis yang tidak memuaskan. "Manakala di Pasaraya pula kami memantau harga makanan dan mengkaji bahan kimia dan bakteria selain memeriksa tin-tin dan juga pelbagai jenis barangan yang dijual," katanya lagi. Ujarnya terdapat bekas makanan yang kemek dan telah melepasi tarikh luput juga akan dirampas serta kompaun akan dikeluarkan. Tegasnya lagi, sesiapa yang didapati melanggar Peraturan -Peraturan Kebersihan Makanan 2009 boleh disabitkan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun. "Pemeriksaan premis yang kita jalankan semua premis yang diperiksa didapati tidak mematuhi peraturan akan dikeluarkan arahan untuk medan selera dan pemeriksaan semula akan dijalankan sekali lagi. "Jika pengusaha gagal mematuhi arahan kerja dan notis kompaun kesalahan akan dikeluarkan dibawah Peraturan -Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya. Bagi tahun 2014, sebanyak 10,640 premis makanan telah diperiksa dengan 91 permis telah diperintah tutup dan 152 kompuan bernilai RM58,130 dikeluarkan. Manakala bagi tahun 2015 sehingga September ini sebanyak 7,872 telah diperiksa manakala 79 buah premis diperintah tutup kerana tidak memuaskan dan sebanyak 150 notis kompaun kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai RM42,500. "Pemantauan melibatakan pemeriksaan suhu dalam peti sejuk, tempat simpanan makanan hendaklah teratur tidak berselerak dan lantai juga bersih," katanya. Dalam pada itu, Ops cegah Tifiod atau demam Kepialu turut dilancarkan pada 4 hingga 5 November lalu melibatkan 175 premis diperiksa, tiga premis diperintah tutup dan 26 kompaun telah dikeluarkan. "Sebanyak 18 kilang ais diperiksa dan tiga dikompaun, 119 buah restoran diperiksa dengan 3 daripadanya diarah tutup dan 20 lagi dikompaun. "Manakala 35 gerai makanan atau medan selera diperiksa dan tiga kilang makanan telah dikompuan. Comments |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment