Search This Blog

Monday, February 29, 2016

Keenakan Makanan Barat & Itali di Mr Steak House Ipoh | Perak Today - Blog Makanan di Perak

Keenakan <b>Makanan</b> Barat & Itali <b>di</b> Mr Steak House <b>Ipoh</b> | <b>Perak</b> Today - Blog Makanan di Perak


Keenakan <b>Makanan</b> Barat & Itali <b>di</b> Mr Steak House <b>Ipoh</b> | <b>Perak</b> Today

Posted: 04 Feb 2016 11:45 PM PST

Jika anda ingin merasai sendiri keenakan makanan ala Barat dan Itali, pastinya Mr Steak House yang terletak di Kompleks Pernama, Jalan Hospital adalah tempat yang paling tepat dan bersesuaian.

Jika sebelum ini Mr Steak House hanya boleh dikunjungi oleh mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, kini warga Ipoh juga dapat merasai keenakan makanan di restoran cawangan yang keenam ini yang mula beroperasi sejak Ogos tahun lalu.

Pemilik bersama Mr Steak House Ipoh, Razdee Izzat 25, telah mengusahakan Mr Steak House bersama lagi dua rakannya, Mohd Afarizan Mohamad Esa 33, dan Ahmad Sobree Abas, 32.

2

Mr Steak House mempunyai lima lagi cawangan iaitu di Seksyen 13 Shah Alam, Equine Park Sri Kembangan, Seksyen 6 Kota Damansara, Seremban 2, Bandar Baru Nilai, Senawang dan Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Razdee berkata, idea pembukaan Mr Steak House di Ipoh ini bermula apabila beliau mendapati di bandaraya ini masih tidak mempunyai restoran khas buat seisi keluarga bersantai.

"Apa yang saya lihat, hanyalah banyak kafe-kafe. Tetapi untuk keluarga berkumpul, tak banyak yang ada.

"Mr Steak House ini adalah milik abang saya di mana restoran pertama adalah di Shah Alam. Jadi abang saya memberi keizinan untuk saya gunakan nama restoran beliau untuk saya buka satu cawangan di Ipoh,"katanya.

Menerima sambuta yang menggalakkan sejak beroperasi, Razdee berkata, kesemua menu, kuantiti dan kualiti yang digunakan telah distandardkan di semua cawangan Mr Steak House.

3

Tambahnya lagi, antara kelainan yang ditawarkan di Mr Steak House ialah sos cendawam dan sos lada hitam yang mempunyai kelainan berbanding kafe-kafe lain yang terdapat di Ipoh.

"Makanan istimewa yang terdapat di Mr Steak House ialah seperti Lamb Steu, Chicken Combo dan Chicken Golden Bleu yang merupakan antara 'hot item' disini.

"Pelanggan yang pernah merasai hidangan di mana-mana cawangan Mr Steak House di ibu negara tidak perlu risau tentang perubahan rasa sebab memang rasanya sama," ujarnya.

6

Ujarnya lagi, kesemua bahan-bahan mentah dan sayuran yang digunakan dibeli setial hari bagi memastikan kesegaran untuk disajikan kepada pelanggan.

"Bagi minuman pula, kita menggunakan buah-buahan segar dan bukannya kordial bagi air jus,"jelas beliau.

Katanya lagi, fasiliti yang disediakan juga cukup mesra pelanggan terutamanya bagi yang berkeluarga.

Selain kawasan tempat letak kereta yang luas, kemudahan tandas, surau dan ruang makan yang besar juga memberi keselesaan kepada pelanggan.

Razdee berkata, beliau merancang untuk membuka satu lot kedai bersebelahan dengan Mr Steak House untuk menjual pencuci mulut dan kudapan ringan.

"Ini kerana, ada pelanggan yang datang tak ingin makan makanan berat sebaliknya hanya mencari kudapan.

"Jadi kita bercadang untum buka satu kedai yang menjual pencuci mulut seperti kek dan lain-lain,"ujarnya.

5 (1)

Untuk makluman anda, Mr Steak House pernah ditayangkan di TV3 menerusi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

Orang ramai yang ingin merasai keenakan makanan ala Barat dan Itali, boleh berkunjung ke Mr Steak House yang terletak di Kompleks Pernama, Jalan Hospital.

Mr Steak House beroperasi setiap hari bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam (kecuali Jumaat, 3 petang hingga 12 malam) atau menghubungi Razdee di talian 017 590 9629.

1

Nama restoran: Mr Steak House

alamat: Kompleks Pernama, Jalan Hospital, bandaraya Ipoh

no contact: Razdee (017 590 9629)

Comments

Ribuan Premis <b>Makanan</b>, Hotel Tak Layak Kenakan <b>...</b> - <b>Perak</b> Today

Posted: 22 Feb 2016 08:28 PM PST

PETALING JAYA: Ribuan premis makanan termasuk hotel bakal berdepan tindakan tegas kerana didapati menyalahgunakan notis caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan kepada pelanggan.

Pengusaha premis terlibat didapati mengelirukan pengguna kerana bertindak mengenakan caj berkenaan walaupun tidak memenuhi syarat untuk berbuat demikian.

Mengikut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hanya premis yang mempunyai perjanjian kolektif (CA) antara majikan dan kesatuan sekerja yang membolehkan caj berkenaan.

Sehubungan itu, kementerian itu dalam proses merangka peraturan baharu bagi mengenakan tindakan terhadap semua premis terlibat mengikut pindaan Akta Perlindungan Pengguna.

Pindaan akta itu membolehkan KPDNKK membuat semakan sama ada peniaga mempunyai CA bagi melayakkan mereka mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna dan sama ada peniaga sebagai majikan mengagihkan hasil kutipan daripada caj berkenaan kepada pekerja mereka.

Jika peniaga atau syarikat didapati gagal berbuat demikian, KPDNKK akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang. Setakat ini, rekod kementerian menunjukkan hanya 93 syarikat perhotelan dan makanan di negara ini mempunyai CA.

Berdasarkan tinjauan mStar Online, didapati ada empat restoran popular yang mempunyai lebih 500 cawangan di seluruh negara, sewenang-wenangnya mengenakan caj perkhidmatan 10 peratus walaupun tidak mempunyai CA.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, tahun lalu pihaknya mengenakan syarat kepada pengusaha supaya mempamerkan notis caj perkhidmatan, sebagai pemberitahuan kepada pengguna.

"Bagaimanapun, kaedah itu tidak hanya digunapakai pengusaha yang layak, malahan semua (peniaga) buat macam tu sekarang. Saya tidak fikir kedai makan biasa pun ada CA kerana secara logiknya mereka tiada kesatuan sekerja.

"Tetapi sebab tiada peraturan khusus ketika ini, maka peniaga sesuka hati memaparkan notis dan kenakan caj perkhidmatan kepada pengguna," katanya dalam temuramah dengan mStar Online, baru-baru ini.

Jelas Alias lagi, mengikut peraturan itu, premis yang tidak mempamerkan notis caj perkhidmatan adalah satu kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Jika disabitkan kesalahan, pengusaha boleh dikenakan penalti RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya, manakala syarikat dikenakan penalti RM500,000.

Sehubungan itu, kata Alias, KPDNKK merancang untuk mewujudkan peraturan baharu tahun ini bagi memperkasakan aspek penguatkuasaan dan memberi lebih jaminan perlindungan ke atas pengguna.

"Kita minta penasihat undang-undang dan penguatkuasaan untuk merangka peraturan baharu. Kita akan buat semakan undang-undang.

"Perkara ini perlu diteliti kerana melibatkan Kementerian Sumber Manusia dan beberapa pihak berkaitan," katanya sambil menambah CA diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan berhubung sistem gaji yang diguna pakai oleh kesatuan sekerja.

"Pindaan akta berkenaan perlu dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku keempat tahun ini, sebelum dilaksanakan tahun depan," katanya sambil menambah diharapkan pelaksanaan peraturan baharu itu dapat disegerakan.-MSTAR

Comments

Kos pekerja asing tinggi? penyebab caj <b>makanan</b> mahal | <b>Perak</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2016 06:20 PM PST

SHAH ALAM – Kos pengambilan pekerja warga asing selain faktor sewa kedai mahal memaksa sesetengah pengusaha menaikkan caj bayaran makanan yang dijual terutamanya di restoran mamak.

Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Harisrajudin Alaudin berkata, pihaknya yakin jika rakyat tempatan mahu bekerja di restoran mamak caj makanan di restoran berkenaan boleh dikurangkan.

"Atas sebab ini juga, majikan tiada pilihan selain menggaji pekerja asing dan perlu membayar kos pengambilan termasuk yuran ejen, levi, tiket penerbangan, pembaharuan permit sehingga RM5,000 seorang. Kos ini tidak termasuk bayaran bagi pembaharuan permit dan perubatan setahun setiap orang yang perlu dijelaskan sehingga RM2,650," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai amaran yang diberikan oleh Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahyudin yang mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Amaran itu dikeluarkan selepas sebuah restoran nasi kandar di Ampang dikenakan tindakan selepas didapati menawarkan harga makanan tidak munasabah.

Menurut Harisrajudin lagi, kos itu tidak termasuk bayaran gaji minimum RM900 kepada setiap pekerjanya.

Pekerja yang mempunyai kemahiran seperti memasak dan menebar roti jala pula akan dibayar lebih tinggi berbanding pekerja lain.

Pengusaha juga perlu menanggung kos sewa yang tinggi. Sebagai contoh sewa premis di bandar boleh mencecah sehingga RM40,000 berbanding luar bandar yang jauh lebih murah dengan hanya RM3,000.

Berhubung isu kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja warga Bangladesh, Harisrajudin berkata, mungkin hanya sebilangan kecil sahaja pekerja warga asing ini akan diserap di bahagian restoran termasuk di restoran-restoran mamak.

-Sinar Harian

Comments

Blog <b>Makanan di Perak</b>: Usahawan PKS Di Perak Terus Dibantu <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2014 01:35 AM PDT

shadow

Kerajaan negeri dan badan berkaitan perkembangan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada kira-kira 60,028 usahawan di seluruh Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Nizar Zakaria, usahawan PKS yang berdaftar itu giat menjalankan pelbagai perniagaan yang berpotensi.

Tambah Nizar lagi, agensi seperti SME Corporation, MIDA, MATRADE, MPC dan MIDF telah melaksanakan pelbagai bentuk program berkaitan pembangunan usahawan di seluruh negara termasuklah di Perak dengan kerjasama bersama antara agensi seperti MARA, TEKUN, YBU dan
PKNP.

Dorongan sentiasa diberikan kepada semua usahawan berkenaan dan perkembangannya dilihat cukup baik hasil piawaian dan perkembangan teknologi terkini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Negeri Perak yang berlangsung pada 20 hingga sehingga hari ini di Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) Gopeng.

Katanya lagi, pelaksanaan program seperti Tunas Usahawan Belia Bumiputera Malaysia (TUBE) merupakan antara bentuk dorongan dan batuan untuk menggalakkan golongan muda menjadi usahawan.

"Para usahawan juga boleh mendaftar dengan SME Corporation Malaysia bermula sekarang untuk mendapatkan E-Baucar berkaitan dengan pelaksanaan Good and Service Tax (GST) sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan kepadanya," katanya lagi.

Usahawan dalam bidang industri pemakanan pula dinasihati menggunakan sijil perakuan Halal yang diberikan pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan jujur dan amanah, tegasnya.

"Setiap syarikat yang mendapat sijil perakuan berkenaan seharusnya bersifat jujur dan tidak hanya hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata," ulasnya lagi.

PERAKTODAY4

Pengusaha produk makanan di Perak juga katanya, perlu menitikberatkan soal sensitiviti terutama sekali berkenaan pengendalian proses penyediaan produk makanan.

Bancian terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik merekodkan 97.3 peratus atau 645,136 daripada keseluruhan pendaftaran perniagaan di Malaysia adalah PKS.

Perak juga merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia dari segi pendaftaran perniagaan PKS iaitu sebanyak 9.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaftaran.

Mengulas pula mengenai program tersebut, Mohd Nizar berkata penganjuran karnival keusahawanan melalui 19 program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang 'Minggu PKS' di seluruh Perak adalah penting untuk para pengusaha dan bakal usahawan di negeri itu.

Comments

Related Posts

Like FB Perak Today

Saturday, February 20, 2016

Saya cukup PELIK - Blog Makanan di Perak - Blog Makanan di Perak

Saya cukup <b>PELIK</b> - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blog Makanan di Perak


Saya cukup <b>PELIK</b> - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b>

Posted: 04 Jan 2015 01:06 AM PST

Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya?

Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia

1. Tupai Masak Black Pepper Dari Gopeng, Perak

Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. 

Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Noooo....

2. Hinava - Kerabu Ikan Mentah Dari Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. 


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Ingat jepun je makan ikan mentah...haa pun bolehh

 Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
apa kata survey??

Teruskan Pembacaan...


3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah.
bharian.com.my

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Nah kauuu...amikkk

4. Belut Dimasak dengan Style Melayu

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Ia juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Kutippp kutippp... buat laukkk

5. Sup Kaki Ayam

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam..


6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Auchhh..!!!

7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. 
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... 

Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang...

8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah. 
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair"


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 
Sebelum dan selepas...huhhh

9. Ulat Mulong Atau Ulat Sagu Dari Sabah/Sarawak 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. 


Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

 Goreng pun sodappp....

P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P

Selongkar Makanan