Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> - Blog Makanan di Perak |
- Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b>
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: RAILWAY TOURISM : PESTA MAKANAN <b>...</b>
- yang budiman 4 - hanya kerana hikayat - Blog <b>Makanan di Perak</b>
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: Railway Tourism | Pesta Makanan <b>...</b>
- HARGA <b>MAKANAN DI</b> KANTIN SEKOLAH - TIDAKAN SEGERA
Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> Posted: 23 Jan 2014 01:38 AM PST http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar |
Blog <b>Makanan di Perak</b>: RAILWAY TOURISM : PESTA MAKANAN <b>...</b> Posted: 24 Jan 2014 01:22 AM PST Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya, Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis. Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan. Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. ![]() ![]() Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terimakasihh ;) |
yang budiman 4 - hanya kerana hikayat - Blog <b>Makanan di Perak</b> Posted: 31 Jan 2014 01:09 AM PST |
Blog <b>Makanan di Perak</b>: Railway Tourism | Pesta Makanan <b>...</b> Posted: 29 Jan 2014 01:09 AM PST Ya ampunnn... serius aku sangat excited bila pertama kali sampai kat Victoria Bridge kat Seberang Karai, Perak ni... untuk peminat fotografi, aku rasa kat sini boleh jadi lubuk untuk korang dptkan gambar yg melethop... Victoria Bridge bagi aku boleh dikatigorikan sebagai lokasi outdoor photoshoot terbaek untuk korang yg ada kat sekitar Seberang Karai atau Kuala Kangsar atau Ipoh atau kawasan2 yg sama waktu dengannya... nanti aku show off gambar2 kitorang berphotoshoot kat sana ehhh... tunggu dulu... ada benda aku nak story dulu... 12 Januari 2014 hari tu aku dengan rakan2 blogger diberi peluang oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) bersama2 delegasi media serta pelancong dalam dan luar negara untuk menyaksikan sendiri Perasmian 'Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean sebagai salah satu binaan warisan negara yg harus dipertahankan dan dijadikan sebagai tarikan pelancong... perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz... Ni lah die Victoria Bridge tu... Meh aku nak citer skit sejarah Victoria Bridge ni... sebab aku jenis yg lembab skit bab2 sejarah ni... so, aku ringkaskan seringkas-ringkasnya... Victoria Bridge dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900... merupakan satu-satunya jambatan kereta api yang melintasi Sungai Perak dan merupakan salah satu jambatan keretapi tertua di Malaysia... Victoria bridge secara rasminya telah dibuka oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah dengan disaksikan sendiri oleh beberapa orang Residen British pada 21 Mac 1900... kini Victoria Bridge tidak lagi digunakan sebagai laluan kereta api kerana laluan baru telah dibina bersebelahan Victoria Bridge ni... korang jangan tanya aku kenapa nama jambatan ni Victoria... aku tak rajin nak selidik lebih dalam bab2 sejarah ni... kalau nak tahu sila buat research sendiri... hahaha... Okeh... Sebabkan nilai sejarah yg ada pada jambatan ni lah maka program ini dibuat bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat untuk meroboh dan memusnahkan struktur jambatan tersebut yang mempunyai nilai sejarah yang sangat bernilai kepada negara... Tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta RTAM kerana mengambil inisiatif ini untuk memelihara khazanah sejarah ini... Okeh... Berbalik ke event kami kat Victoria Bridge hari tu... nmpak gambar atas ni... beratur kitorang jln menyeberangi jambatan ni... laluan sempit jer kat tepi bridge tu... kalau nak lalu kat tgh bridge lagi la gayat sbb kalau tgk bawah kaki terus nmpak sungai... tinggi giler kot... setinggi 3 tingkat bangunan... yg gayat macam dak ujang tu mmg habisss laaa... hilang jantan dia atas bridge tu... hahhaa... Kami delegasi media dan pelancong telah disambut sebagai tetamu VIP dalam majlis ni... 1st time beb diraikan sebagai VIP... menteri dan penduduk setempat sambut ketibaan kitorang... bayangkan kitorang masa tgh lintas bridge tu dengar pengumuman dari pengacara majlis kat seberang jambatan sana... "Diumumkan ketibaan delegasi media dan pelancong dari dalam dan luar negara sedang berjalan menyeberangi Victoria Bridge untuk bersama-sama kita pada hari bersejarah ini... bla bla bla bla...." Perghhh... terkojut den... sambutan mmg tersangat2 meriah kat sana... ramai giler manusia... Terima kasih penduduk Kuala Kangsar terutamanya penduduk di Parlimen Padang Rengas yg sangat sporting dan happening menyambut ketibaan kami... juadah tengah hari yg korang hidang kat kami mmg terbaek... siap makan berhidang beb... makan pulak takde nak guna sudu garpu bagai... makan jer dengan tangan... yg kitorang ni takde hal sangat... aku tgk pelancong luar la terkial2 nak mkn nasi dgn tangan... hahaha... tradisional habisss.... Haaaa... 1 perkara lagi aku kena story kat sini... hari tu ade upacara tembakan meriam sebagai simbolik pelancaran program ni... yg bestnya... meriam yg digunakan adalah meriam buatan penduduk tempatan... die punyer bunyi kalau tak silap aku boleh dengar sehingga jarak 5km... dah tu ko bayangkan lah kitorang yg hanya beberapa puluh meter ni mcm mana terkejut dia... yg tgh tahan kencing tu kompom meleleh bebb... serius aku cakap... 1st time aku dgr bunyi letupan kuat mcm tu... Sepanjang kitorang kat sini mmg cuaca sangat la ohsemmm... lps habis acara rasmi2... makan2... kitorang bergegas naik atas bridge untuk bergambar... nak dtg sini pulak tak tahu bile kann... haruslah ambk kesempatan yg ada utk berpossing dan tunjuk skill ambk gambar masing2... Jom aku tayang gambar yg sempat kitorang ambk hari tu... Abah Careno - www.marqiscareno.blogspot.com Kemain Sue possing ehh... nak patah pinggang den nengoknyer... hahaha... Qaseh - www.qasehdalia.com Qaseh... mangsa buli aku... mmg aku suke buli minah Terangganu ni... tak tahu knape... hahaha... tp die ni tunangan orang... harap xde yg cuba2 ngorat adik aku sorang ni... Mieza - www.hasyanaurah.com Mieza... nama dia paling aku senang ingt mula2 dulu sebab ada iras2 nama Akiff sikit... nama Akiff kan Akiff Mirza... ada la sikit... minah ni sentiasa cool... Najeeb - www.katanajeeb.blogspot.com Ajeeb... kadang2 pggil Jeeb jer... mamat ni nyanyi suare sedap... betul lah kate orang... orang gemok mmg suara sedap... kahkahkah... Ujang - www.azfar9897.blogspot.com Ujang... Sorry gambar ko yg senonoh mmg takde... ni yg paling sopan ade dlm koleksi aku... hahaha... dia ni mmg gila2... kdg2 kita perlu ada kwn mcm dia ni utk kita menyelami kehidupan orang mental... hahaha... Redscarz - www.redscarz.blogspot.com Daus... budak bidayuh yg dah convert masuk Islam... sahabat aku dulu kini dan selamanya... tp sensitip yg amat... hati buih... hahaha... Erra - www.errakyra.blogspot.com Erra... bini orang ni tp mude lagi... obses giler dgn colur pink... sgala benda nak pink... tp skrg die dah ade kat Jakarta dengan husband die... Syahir... CEO fuhdotmy... blogger fulltime... giler masyukkk jadi blogger mcm die ni... Yanty... ank mami yg kebudak2an... tp kdg2 ganas awek ni... tp sokkey kalau ade pakwe2 yg nak berkenalan... die boleh dibawak ketengah ketepi... hehehe... Mawardi - www.mawardiyunus.com Mawardi... blogger yg makin meningkat naik... blog die makin ohsemmm... jelez lak aku... korang kalau nak tempah name card ke... ape2 yg memerlukan design... boleh roger die... idea die sgt fresh dlm design... Beki - Photographer fuh.my Beki... Budak ni nmpak jer badan mcm gergasi tp adik2 jer lagi... baru habis skolah kot... skrg ni jadi Photografer untuk fuh.my.. kerlasss.... Kat atas ni aku perkenalkan sahabat2 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yg telah dijemput oleh pihak RTAM sendiri... terima kasih atas jemputan ini... sememangnya aku rasa sepanjang program Railway Tour ni memberikan kami sejuta kenangan indah yg dpt kami kongsikan bersama... jangan lupa terjah blog diorang kat atas ni untuk tahu kisah versi diorang pulak... Ok... now aku dah kompius... ni entry Victoria Bridge atau entri nak perkenal blogger... hahaha... sorry2.. tersasar dari landasan... Apapun, terima kasih juga kepada smua yg terlibat dlm program ni termasuk sahabat blogger dan media yg smue sporting giler2... aku tak sempat nak kenal dgn lebih dekat dgn smue yg ade hari tu... kalau nak aku senaraikan smue skali jenuh pulak kannn... apapun korang mmg best... |
HARGA <b>MAKANAN DI</b> KANTIN SEKOLAH - TIDAKAN SEGERA Posted: 27 Jan 2014 12:28 AM PST Pengetua/Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah Tuan, MAKLUMAT BERKAITAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH Merujuk perkara di atas. 2. Susulan daripada timbul isu kenaikan harga makanan dan minuman di kantin sekolah, Jawatankuasa Siasatan Harga Makanan di Kantin Sekolah Peringkat Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat pada 22 Januari 2014. Beberapa maklumat diperlukan oleh Jawatankuasa ini. 3. Mohon sekolah muat turun maklumat di bawah dan hantar : i. Softcopy ke hemperaktengah@gmail.com ii. Cetakan ke Penyelia HEM PPD Perak Tengah Sila klik pautan di bawah untuk muat turun bahan. Surat Lampiran 1 Sila hantar Lampiran 1 sebelum 30 Januari 2014. Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Daripada, Nursyari Faizal b Ahmad Mokhtar Penyelia HEM PPD Perak Tengah |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment