Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> - Blog Makanan di Perak |
- Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b>
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: Aneh, Ada Rumah Sakit Ikan Di India <b>...</b>
- Kenapa <b>Makanan</b> Tambahan diperlukan dan Bolehkah makan <b>...</b>
- Kajian dari UK letak Malaysia Negara "PALING GEMUK" <b>di</b> Asia <b>...</b>
Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> Posted: 17 Jan 2014 01:54 AM PST Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya, Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis. Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan. Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar. Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terimakasihh ;) |
Blog <b>Makanan di Perak</b>: Aneh, Ada Rumah Sakit Ikan Di India <b>...</b> Posted: 17 Jan 2014 01:16 AM PST KepanjenFm.com - Bagi anda penghobi ikan, di India kini ada Rumah sakit khusus ikan, khususnya di daerah Chandannagore, tak perlu cemas jika ikan hias kesayangan anda merasa lesu dan lemas. Cukup di bawa ke rumah sakit ikan yang di kelola oleh Patit Paban Halder, untuk didiagnosa, apa yang menjadi masalah di ikan tersebut. Halder menempatkan 32 akuarium untuk menempatkan ikan-ikan sakit itu selama masa perawatan. Pasien-pasien itu ditangani oleh Halder dibantu istri dan anaknya. Seperti pasien yang sakit, maka untuk memulihkan ikan-ikan itu dilakukan penyuntikan dengan dosis yang tepat. |
Kenapa <b>Makanan</b> Tambahan diperlukan dan Bolehkah makan <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 02:01 AM PST Semakin canggih pembangunan perubatan, teknologi dan penemuan saintifiknya semakin meningkat kadar penyakit-penyakit yang membawa maut, seperti serangan jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Ini bermakna perkembangan dan kecanggihan bidang perubatan tidak dapat menyumbang kearah pengurangan bilangan pesakit samada yang sedia ada mahupun yang baru. Kajian menunjukkan perkembangan teknologi perubatan hanya mampu memberi manfaat kepada mereka-mereka yang telah mengidap penyakit yang memerlukan rawatan dan perubatan yang lebih canggih dan selesa, tetapi dengan harga yang turut meningkat seiring kemajuannya. Kenapa makanan tambahan diperlukan? Umum mengetahui, untuk pencegahan penyakit-penyakit moden kini, sel-sel kita perlu mendapatkan zat-zat serta nutrien yang semakin sukar didapati dari amalan pemakanan gaya hidup moden kini. Kita lebih mementingkan keselesaan berbanding kesihatan kita. Kehidupan moden, makanan segera yang berleluasa menjadi penyumbang utama masalah kesihatan moden. Mudah, ringkas, sedap, kenyang, tapi penuh segala bahan kimia iaitu pengawit, perisa, perasa, logam berat, tinggi gula, kolesterol dsb. Kita mempunyai beratus trillion sel yang sedang bekerja didalam setiap sistem-sistem kita yang terdiri dari organ-organ dan tisu yang sedang membina kehidupan. Kesihatan kita bergantung kepada nutrien-nutrien yang diperolehi oleh kesemua sel-sel tersebut. Mampukah nutrien-nutrien itu diperolehi dari sumber-sumber makanan kita hari ini? Tahukah anda? Ikan yang dibekalkan kepada kita dari Thailand, lndia dsb direndam di dalam ubat mayat yang dinamakan Formalin, supaya tahan lama? Ayam kita ialah anak ayam yang disuntik hormon dsbnya supaya cepat besar, pulangan segera. Sayur kita ialah sayur yang diselimuti racun serangga yang hebat hinggakan ulat pun tak berani makan. Sebab yang ulat tak makanlah yang mmpunyai harga, yang menjadi pilihan kita. Buah-buahan kita yang telah disimpan lama, yang telah diawet dengan white chemical, yang kelihatan putih berkilat pada buah epal dan sebagainya. Dikatakan untuk sampai kepada kita makan masa berbulan-bulan.sedangkan vitamin mula hilang sejak ianya mula dipetik. Begitulah dengan apa saja yang disediakankepda kita hari ini seperti beras, gula, tepung, segala telah diproses secara kimia. Gula putih adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya. Oleh itu, Kenapa Perlunya Makanan Tambahan.
Bolehkah Makan Banyak Vitamin? Sebenarnya kita dah lama kekurangan vitamin jadi kalau kita ambil vitamin-vitamin mengikut kuantiti seperti tertera dibotol , itu hanya memenuhi keperluan harian sahaja, sebab itu kalau kekurangan teruk kena ambik lebih, untuk menampung kekurangan yang lama. Kenyataan yang biasa kita dengar " ialah orang mati kerana kekurangan zat, bukan kerana terlebih zat." Tetapi saya hanya mewakili vitamin jenama shaklee sahaja ye, kerana komitmen syarikat tentang 100% semulajadi dan penyerapan yang cepat iaitu dalam masa 30 minit segala nutrien yang tertera dilabel telah berada didalam darah bersedia untuk diserap, hasil keputusan ujian klinikal, The Shaklee Difference. Shaklee id : [921401] SMS / Whatsapp : [017-4387016] Email : [cnurul79@yahoo.com LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 921401 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN |
Kajian dari UK letak Malaysia Negara "PALING GEMUK" <b>di</b> Asia <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 08:38 PM PST http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment