Search This Blog

Friday, January 24, 2014

RAILWAY TOURISM : PESTA MAKANAN TRADISIONAL ... - Blogr.my - Blog Makanan di Perak

RAILWAY TOURISM : PESTA <b>MAKANAN TRADISIONAL</b> <b>...</b> - Blogr.my - Blog Makanan di Perak


RAILWAY TOURISM : PESTA <b>MAKANAN TRADISIONAL</b> <b>...</b> - Blogr.my

Posted: 17 Jan 2014 07:08 PM PST

RAILWAY TOURISM : PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 ~ KISAH TATIE | blogr.my
Blogger Berdaftar 4,916 Orang Online 123 Jumlah Entri 152,179

borak 


Loading...

log/daftar masuk untuk menggunakan ruangan borak ini.

Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap di Taman Kanak Kanak di <b>Ipoh</b>

Posted: 17 Jan 2014 01:54 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi.

Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.

Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.

Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor.

Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.

Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat.

Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri.

Sekian, terimakasihh ;)

No comments:

Post a Comment