Search This Blog

Sunday, September 21, 2014

Blog Makanan di Perak: Usahawan PKS Di Perak Terus Dibantu ... - Blog Makanan di Perak

Blog <b>Makanan di Perak</b>: Usahawan PKS Di Perak Terus Dibantu <b>...</b> - Blog Makanan di Perak


Blog <b>Makanan di Perak</b>: Usahawan PKS Di Perak Terus Dibantu <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2014 01:10 AM PDT

shadow

Kerajaan negeri dan badan berkaitan perkembangan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada kira-kira 60,028 usahawan di seluruh Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Nizar Zakaria, usahawan PKS yang berdaftar itu giat menjalankan pelbagai perniagaan yang berpotensi.

Tambah Nizar lagi, agensi seperti SME Corporation, MIDA, MATRADE, MPC dan MIDF telah melaksanakan pelbagai bentuk program berkaitan pembangunan usahawan di seluruh negara termasuklah di Perak dengan kerjasama bersama antara agensi seperti MARA, TEKUN, YBU dan
PKNP.

Dorongan sentiasa diberikan kepada semua usahawan berkenaan dan perkembangannya dilihat cukup baik hasil piawaian dan perkembangan teknologi terkini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Negeri Perak yang berlangsung pada 20 hingga sehingga hari ini di Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) Gopeng.

Katanya lagi, pelaksanaan program seperti Tunas Usahawan Belia Bumiputera Malaysia (TUBE) merupakan antara bentuk dorongan dan batuan untuk menggalakkan golongan muda menjadi usahawan.

"Para usahawan juga boleh mendaftar dengan SME Corporation Malaysia bermula sekarang untuk mendapatkan E-Baucar berkaitan dengan pelaksanaan Good and Service Tax (GST) sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan kepadanya," katanya lagi.

Usahawan dalam bidang industri pemakanan pula dinasihati menggunakan sijil perakuan Halal yang diberikan pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan jujur dan amanah, tegasnya.

"Setiap syarikat yang mendapat sijil perakuan berkenaan seharusnya bersifat jujur dan tidak hanya hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata," ulasnya lagi.

PERAKTODAY4

Pengusaha produk makanan di Perak juga katanya, perlu menitikberatkan soal sensitiviti terutama sekali berkenaan pengendalian proses penyediaan produk makanan.

Bancian terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik merekodkan 97.3 peratus atau 645,136 daripada keseluruhan pendaftaran perniagaan di Malaysia adalah PKS.

Perak juga merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia dari segi pendaftaran perniagaan PKS iaitu sebanyak 9.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaftaran.

Mengulas pula mengenai program tersebut, Mohd Nizar berkata penganjuran karnival keusahawanan melalui 19 program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang 'Minggu PKS' di seluruh Perak adalah penting untuk para pengusaha dan bakal usahawan di negeri itu.

Comments

Related Posts

Like FB Perak Today

No comments:

Post a Comment