Search This Blog

Friday, January 31, 2014

Blog Makanan di Perak: yang budiman 4 - hanya kerana hikayat ... - Blog Makanan di Perak

Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b>: yang budiman 4 - hanya kerana hikayat <b>...</b> - Blog Makanan di Perak


Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b>: yang budiman 4 - hanya kerana hikayat <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 01:10 AM PST

Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan.

"Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv.

"Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv.

"Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!"

"Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas.

"Okey Syani. Insyallah, bye!"

"Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya.

"Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku.

"Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal!

"Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan.

"Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya.

"Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata.

"Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya!

"Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim.

"So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta.

"You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas.

"Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya.

"Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu!

"Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya.

"Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku.

"Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga.

"Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak.

Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik!

"You  boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi.

"I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang.

Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu.

"Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis.

"Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan.

"I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung.

"Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya!

"Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta.

"Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati.

"Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale.

"Taklah, siapa cakap?"

"Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali.

"Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya.

"Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu.

"So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku.

"Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya.

"It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal.

"Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa."

"Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga.

"Come," serunya dan aku menurut.

Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina.

"I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat.

"I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai.

Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan!

"Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi.

"Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui.

"Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah!

"Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi.

"Really?" Dia teruja.

"Yes, of course!"

"I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya.

"Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas.

"Good girl! Okay, let's eat!"

"Okey, jom!"

"Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama.

"This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi.

"I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas.

Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina.  Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas.

Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu.

Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan!

"Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula.

"I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan.

"I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh!

"Okey teruskan," gumamnya lagi.

"I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba.

"Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir.

"Yes, balik kampung I!" tawarku lagi.

"Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi.

"Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya.

"Actually, I cuma mahu....

Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan.

"Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya.

"Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara  yang mustahak saja.

"Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung.

"Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka.

"Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung.

"Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai.

"Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan.

Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih.

"Why? Anything happend?" soalnya serius.

"Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa.

"Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah!

"I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar.

"Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku.

"Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali.

"You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku.

"Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati.

"Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju.

"Tolong apa?"

"Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu."

"Jadi boyfriend you? Berapa lama?"

"Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti."

"Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju.

"Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi.

"Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik.

"Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!"

"Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor.

"Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira.

"Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara.

"Hanan!"

"Maksudnya?"

"Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama.

"Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja.

"Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman.

Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya.

kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya.

ahn3914@gmail.com

pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan  bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :)

Aidid Mu&#39;addib: Quest International University <b>Perak</b>... For Scammers

Posted: 11 Oct 2011 11:56 PM PDT

Dengan terkumpulnya ratusan juta ringgit (billion?) kat dalam bank di Hong Kong hasil daripada bzns skim piramid jual duit siling emas (dengan harga 5 kali ganda harga emas semasa) dan jual kaca "coaster" made-in-China dengan harga RM2000 seketul (dengan promosi produk bahawa ianya boleh kasi air bertukar jadi magik dan boleh kasi sihat tubuh-badan, boleh kasi sembuhkan kencing manis dan darah tinggi, dan boleh kasi cure penyakit low IQ, dan kasi jimat minyak, you know... kasi usap-usap kat paip petrol gitu), maka syarikat pengelentong tersohor di dunia dewasa ini - QuestNet/QNet/GoldQuest/Qi (tiap kali kantoi - tukar nama company), kini telah mengorak langkah untuk kasi cuci itu duit laknat (you know, "money laundering") dengan membeli sebuah kolej yang tak laku di Ipoh, dan seterusnya tengah kasi "polish" itu kolej, mahu kasi ianya nampak legit dan berbau wangi - pastu ajak bebudak yang kena reject daripada semua universiti dan kolej di Malaya, untuk join dan belajar di (phew! satu ayat tu der...):

Quest International University Perak, 

New-Age Education For Bloody Freaking Scammers


Setelah dihambat keluar seperti anjing kurap daripada negara-negara berikut: Filipina, Sri Lanka, India, Bhutan, Afghanistan, Turki, Kenya, Rwanda, Ivory Coast, Emiriyah Arab Bersatu, Canada, Amerika Syarikat, Azerbaijan, Iran, Burkina Faso, Uganda, Somalia, Ethiopia - kerana menganjurkan skim piramid dengan cara menjual produk merapu dan sekaligus mengalirkan duit rakyat negara tersebut keluar (pegi ke Hong Kong) dan dengan beratus rakyat negara-negara tersebut (sebagai wakil syarikat QuestNet) dibicarakan dan dihumban masuk jail, maka akhirnya QuestNet telah menjumpai sebuah negara yang cukup selesa untuk di-scam kerana rakyatnya ramai yang dungupiang, serta kerajaannya yang "permissive" untuk mereka melakukan skim piramid dengan sewenang-wenangnya tanpa halangan, iaitu (you got it baby!) - MALAYA. Lagi pulak der... umat meleis di Malaya cukup senang dikelentong dengan produk kaca ajaib yang ada "scalar energy" (HAHAHAHAHAHA! Sigh!) yang boleh kasi air bertukar jadi snowflake dan boleh tukarkan air tu siap ada magic power untuk merawat penyakit low IQ... Woohoohoo! Wadefak nya brader? Umat meleis jugak boleh begitu senang kena ayat, dikelentong dengan bzns yang mempunyai pelan pemasaran seperti gambar di atas, tapi ianya diakui sendiri oleh setiap kulibatak, balaci dan pencacai QuestNet bahawa ianya bukanlah pelan skim piramid (HAHAHAHAHAHA! Sigh!)... Dumbass!

Quest International University For Scammers Perak (KPT/JPT/DFT?US/A 05) is a private and less than comprehensive no-research-whatsoever university (it's all about money, money, money... what else?) established by suku-sakat Vijay Eswaran (kepala bapak scammer yang bermastautin di Hong Kong), with the State Government of Perak equity participation, because we all know that with money... anything can be done here in Malaya. Anyway, the politicians (especially in Perak, in this case) couldn't care less where the money came from... be it from pyramid-scheme business what not... as most of them only care about two things: 1. How to win the next election. 2. How to get more money... sorraaaiitt!

The university aims to provide scammers and anak-cucu scammers with the kind of education where no other colleges or universities can provide, and hope to become a leading academic center for people who has the scammers blood in them, from Malaya, the region and the rest of the world. This university for scammers subscribes to build a global knowledge economy like what QuestNet, as a pyramid-scheme mastermind, has done through the years, as to enlarge the number of scammers in this region and the world over.

Sesapa antara korang yang rajin (aku memang males benda sebegini), cuba email atau tulis surat kat Dato', Dato' Seri dan Tan Sri tu semua, tanya: "Apekehenye yeop? Nape kome dengan rela-hati bersekongkong dengan bapak paleketapi scammer skim piramid seantero dunia tanpa banyak soal-selidik? Ater, banyok bebenor ke elaun duit free deme kasi masuk poket, yeop?".

Quest International University for Scammers ia an accredited university (ye ke dol? senang erk dapat akreditasi kat Malaya?) oriented to give low-class teaching about non-existent sciences, pioneering and innovation in pyramid-schemes, and will definitely give all you dumbfucks a comprehensive and exceptional education... especially to scammers or anak-cucu scammers in Malaya, you can bet your bottom dollar man!
  

Foundation in Business (KA 9505): This programme will provide students with a general understanding of how to do business QuestNet style... you know, the business of pyramid schemes, selling junks to the uneducated and the poor... building network that will crash/collapse in the end... stuffs like that. It is hoped that by increasing the number of meleis doing this kind of crappy business, more Malaysian money can be chanelled to Hong Kong without so much a fuss from KPDNKK or the government of Malaysia, because QuestNet's Vijaya Eswaran has build a university in Perak. Someone who build a university can't be a scammer... right? Right? Right brader? Genius... man! Genius... but a parasite macam haramjadah, nonetheless.

Foundation in Science (KA 9504): This programme is designed for students who wish to embark upon a challenging academic pursuit in medical and applied sciences... especially non-existent sciences, such as "scalar energy", "magic water", "glass coaster from outer space", dan banyak lagi lah bro... you know, all those stupid retarded sciences, made in QuestNet. 

Bachelor of Business Administration (Hon) (KN 10306): This programme will provide students with an in-depth understanding of how pyramid schemes businesses are organised, strategies are developed, decisions are taken, and how these factors impact competitiveness in pyramid schemes and scam businesses, in the world today. Students will be taught comprehensively how the CEO of QuestNet managed to dupe millions of people in Philipines, Sri Lanka, India, Bhutan, Afghanistan, Turkey, Kenya, Rwanda, Ivory Coast, United Arab Emirates, Canada, United Sates, Azerbaijan, Iran, Burkina Faso, Uganda, Somalia, Ethiopia... and then act like it wasn't his fault - after all he was in Hong Kong... how could he be the one at fault huh? Deny deny deny... just give some money, money, money... recipe for success. Yabedabedoo! Like so:

Bachelor of Computer Science (Hons) (KN 10305)The Bachelor of Computer Science (Hons) programme is a mainstream computing programme aimed at producing graduates capable of managing information and information systems in a wide range of IT environments and in the field of applications development, especially in doing pyramid schemes selling useless coasters via the web. You can't beat online scams baybeh! It's as easy as one-two-three. Students will be taught to be IT literate, and can be proficient in designing websites promoting magic glasses, pendants and unachievable dreams of riches and success (only a few will, the rest will just be kulibatak). That's the way it always goes in any pyramid-scheme-scams my dear readers. Who are they trying to kid anyway? Manusia dungupiang? You betcha!

Faculty of Medicine: As if private medical schools are not enough in Malaysia, the scammers QuestNet from Hong Kong also want to get a piece of the proverbial pie of the lucrative (but lousy standards) of medical institution "business"... AS IF it is still NOT ENOUGH as it is in Malaysia. Who the fuck are these jokers who thinks that Malaysia needs more low quality doctors from low quality institutions... I always wonder. You can't shove a B-average students into a medical schools (and take a huge chunk of their parent's money) and hope that surgeons or physicians will come out rolling like hot-cakes. Who the fuck are these jokers man? But anyway, QuestNet in this particular case is promising something else altogether. They intend to build a medical school that is out of this world man! Colombo OIUCM... they can eat shit! Malaya will be the place for scam doctors of the future, no more Colombo, Sri Lanka... yeah baybeh yeah! They will teach crappy stuffs like these sciences (below) to all those medical students, so that the quality of medical care in Malaysia will increase by leaps and bounds in years to come. No other country in the world will have these kind of medical schools, I kid you not. Yabedabedoo! Wilmaaaaaaa.....!

Plain stinking water can be automatically converted into SNOWFLAKES! Hallelujah!

Or this: 

or this:

or this... belum abis lagik ni brader!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
  
And they also sell these crap jewellery too... 

They have magic energy in them, you know... Woohoohoo!
 They call this - QuestNet Science from ALIENS!

 


Oh ya, jangan lupa brader...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

But, but, but... what the fuck is this... huh all you fucking scammers?

You know people... these are all sciences that really are from outer space (actually, it was brought down by aliens from the planet Tatooine... hasil usaha daripada suku-sakat Jabba The Hut dan Jango Fett), and since Malaya is so permissive of any kind of scams, pyramid schemes, or whatever some assholes-scammers-masterminds have up their sleeves, by nature of the government and the people... there's always a big market for these kinda shit among the uneducated and the poor among the stupid/poor meleis... and since the Malaysian government couldn't care less about such scam businesses (unlike in Filipina, Sri Lanka, India, Bhutan, Afghanistan, Turki, Kenya, Rwanda, Ivory Coast, Emiriyah Arab Bersatu, Canada, Amerika Syarikat, Azerbaijan, Iran, Burkina Faso, Uganda, Somalia, Ethiopia... etc.), no wonder these scammers fuckshit like QuestNet, are gladly pouring money into Malaysia... err err err... iye ke dol? Vijay Eswaran is pouring money in Ipoh ka? Seriously? Kat mana universiti QuestNet For Scammers ni nak di bina bang? Where will the scam money comes pouring down like rain... dear sir?

Kat Ipoh buat masa ni - dan kampus tetapnya akan dibina kat area Gua Tempurung - HAHAHAHAHA! Hai nasib la orang yang tinggal area Gua Tempurung... tak abis-abis Gua Tempurung jadi bahan. Dah dekat 20 tahun kawasan Gua Tempurung dah dijanjikan oleh kerajaan Perak dengan pembangunan nak buat kolej, nak buat universiti, ntah apa lagik... lepas satu-satu. Aku ada kawan orang sana, siap mengeluh panjang mamatnya... "apekehenye yeop kampung teman tak sudoh-sudoh jadi modei untuk ahli politik dan ahli perniagaan buat promosi ntahapekejadohnye? Macam cibei pun ade aku nengok yeop... ajer ngan yer!"

As of this moment? Masih lagik hutan-belantara dan semak-samun, berlopak-lopak penuh dengan lombong tinggal, dan ada dua-tiga kebun sayur haram (well at least ada jugak apek cina buat duit buat kebun sayur, nak harap orang melayu... zero). Okay la... aku pernah pegi jenjalan ke Gua Tempurung, ada la sikit kemajuannya. Ada toilet awam, ada gerai makan, dan gua besar kat Gua Tempurung tu sendiri memang menarik kalau korang adventurous dan suka merangkak dalam tempat sempit dan basah... dan jangan lupa bawak torchlight, dan make sure korang tak takut hantu.

Anyway, kat mana Gua Tempurung tuh? Kat sini yeop, yong...

Kelas di Quest University akan dilakukan kat celah daun semak-samun ni ha... duduk ramai-ramai bersebelahan dengan babi hutan, cipan (kalau ada), lintah dan pacat.

Kalau dah scammer tuh... 
Sampai mampuih la kekal scammer. 
Bloody Shit!

Hanya Malaya sahaja yang sanggup kasi scammer tersohor dari Hong Kong buat universiti kat sini... tanpa segan-silu, tanpa usul-periksa. We should all be very very proud... ass!

Cara Cerdas Merawat Wadah Plastik - KEPANJEN FM

Posted: 30 Jan 2014 07:00 PM PST

KepanjenFm.com -

Biasanya setelah kita selesai menggunakan wadah plastik yang menyimpan sayuran atau masakan akan meninggalkan aroma yang berbagai rupanya. Ada beberapa tips cerdas agar wadah plastik lebih awet dan tidak gampang bau

1. Jika wadah plastik bernoda rendam selama 20 menit dalam 1 galon air hangat di tambah 1 gelas pemutih. Setelah itu cucilah hingga bersih dengan menggunakan sabun pencuci piring dan air hangat.

2. Untuk menghilangkan bau makanan pada wadah plastik, letakan wadah di freezer atau panaskan dibawah terik matahari selama beberapa jam. Atau tetesi dengan air jeruk lemon, tutup dan diamkan hingga bau hilang.

3. Untuk menghilangkan bau makanan pada wadah plastik juga dapat dilakukan dengan mengisi sobekan koran basah, lalu simpan semalaman di lemari es/freezer. Bau akan terserap di koran basah. Esoknya cuci dan bilas hingga bersih.

4. Warna pada wadah plastik yang memudar. Agar kembali mulus oleskan minyak kelapa ke seluruh permukaan perabotan plastik dengan menggunakan kapas. setelah itu cuci dengan sabun seperti biasanya. Cara ini membuaat warna lebih awet.

Wednesday, January 29, 2014

Railway Tourism | Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 - Blog Makanan di Perak

Railway Tourism | Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di Perak


Railway Tourism | Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014

Posted: 21 Jan 2014 10:31 PM PST

Negara kita memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan masakan, tengok bangsa cukup la, kat Malaysia saja dah ada berpuluh suku kaum. Macam-macam tradisi dan budaya kan. Okey, apa yang aku nak story ni pasal makanan dan masakan. Baru-baru ni Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Tan Sri Abd Aziz telah melancarkan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014, Perak. Kat lenggong ni saja dah ada pelbagai jenis masakan. Kome aje.. Yang turut berada di Pesta ni Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir serta Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah. 

 Sidang media serta pelancaran "Buku Masakan Tradisional Lenggong"

 
Kelihatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ditemuramah di radio tempatan Perak.Fm (Untuk Kome Aje) Kome aje tau.. Kamek tidak..
Haa, tengok ko Jah, macam macam lauk gitu. Pening nak bedal mana satu. Memang terbaik, ikan pekasam, daging salai masak lemak, siput sedut, daging masak umbut pisang, ada sambal tempoyak, ulam-ulaman, ada kerabu, nak sebut pun tak ingat banyak sangat.

Lemang juga tidak dilupakan, tak yah tunggu raya kalau nak merasa. Datang je ke lenggong pasti ada.
Stesen buah, perghhhh licin, langsat, durian, rambutan, cempedak dan lain lain. Durian tu kupas sebiji tak sampai seminit settle. wakakaka..

Antara urusetia yang terlibat menghidang makanan kat sini. Serba merah gitu.


Pengujung tidak putus-putus datang menikmati masakan dan hidangan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong.

"LENGGONG - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah bercadang untuk menetapkan satu tarikh khusus penganjuran Pesta Makanan Tradisional Lenggong pada setiap tahun bagi memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi pesta itu.
Shamsul Anuar berkata, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat agensi pelancongan bagi menggalakkan lagi jumlah kehadiran orang ramai ke pesta berkenaan." 
-petikan dari akbar KOSMO 10.1.2014

Jika cadangan ini diluluskan maka setiap tahun akan diadakan Pesta Makanan Tradisional di Lenggong. Makan free kome yer. Secara tidak langsung menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Malah Pesta ni bakal memantapkan lagi Pakej Perlancongan menggunakan Keretapi oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM). Menarik menarik.. Jom melancong...........

kredit pic.. www.Yanty.com

railway tourism : pesta <b>makanan tradisional</b> lenggong <b>...</b> - kisah tatie

Posted: 17 Jan 2014 12:28 PM PST

Cuba bayangkan ..

Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP.

Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini.

Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri.. 

pesta makanan lenggong

Rombongan kami disambut dengan kompang

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi. 

 pesta makanan lenggong

Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*

yang topi oren ni semua orang kampung teman

kosmo

akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini


kisah tatie

urmmmm


lenggong

Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!

kisah tatie

Nak try??


putu mayam

Bahan-bahan nak buat Putu Mayam


yong tau foo

yong tau foo

yong tau foo

sedapnya

kisah tatie

dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura

kisah tatie

urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. 

makanan pun dah habis

kisah tatie

Gulai Kemahang

rendang

Rendang Daging Hitam

 daging salai

Gulai Lemak Pisang & Daging Salai

kisah tatie

Ikan Pekasam Goreng

resepi kebebe

Resepi Kebebe

kebebe

kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap

kebebe

okay sumpah sedap. nak lagi please?

masak bersamah nasi ulam

Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam

nasi daun lerek

Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . 

dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana..

"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"


kisah tatie

VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada

Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!

kukur kelapa

eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa

 pertandingan memasak

dalam khemah sama, tapi berbeza waktu

tumbuk sambalamboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal


tumbuk sambal

 masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!

kisah tatie

food presentation

paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami 

Nyum, Nyum, Onomnomnomnom

kisah tatie

makcik-makcik kampung yang peramah

kisah tatie

orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak 

kisah tatie

suasana hangat

kisah tatie

makanan dah sedia dihidangkan

masak lemak siput

Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori

ikan panggang

Ikan Panggang

kisah tatie

Masak Keladi

ikan pais

Ikan Pais

kisah tatie

sambal tempoyak dan sambal belacan

and ... and .. and

kisah tatie

kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
 durian, cempedak dan duku langsat

kisah tatie

best!!!

Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.

kisah tatie

teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis


 kisah tatie

Majlis Perasmian

pdrm malaysia

Orang ramai tak putus-putus datang..

Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P

Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya

~bersambung~

::Blog Abah Careno::: Victoria Bridge, Seberang Karai, <b>Perak</b>

Posted: 26 Jan 2014 10:19 PM PST

Ya ampunnn... serius aku sangat excited bila pertama kali sampai kat Victoria Bridge kat Seberang Karai, Perak ni... untuk peminat fotografi, aku rasa kat sini boleh jadi lubuk untuk korang dptkan gambar yg melethop... Victoria Bridge bagi aku boleh dikatigorikan sebagai lokasi outdoor photoshoot terbaek untuk korang yg ada kat sekitar Seberang Karai atau Kuala Kangsar atau Ipoh atau kawasan2 yg sama waktu dengannya... nanti aku show off gambar2 kitorang berphotoshoot kat sana ehhh... tunggu dulu... ada benda aku nak story dulu...

12 Januari 2014 hari tu aku dengan rakan2 blogger diberi peluang oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) bersama2 delegasi media serta pelancong dalam dan luar negara untuk menyaksikan sendiri Perasmian 'Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean sebagai salah satu binaan warisan negara yg harus dipertahankan dan dijadikan sebagai tarikan pelancong... perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz...

Ni lah die Victoria Bridge tu...

Meh aku nak citer skit sejarah Victoria Bridge ni... sebab aku jenis yg lembab skit bab2 sejarah ni... so, aku ringkaskan seringkas-ringkasnya...

Victoria Bridge dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900... merupakan satu-satunya jambatan kereta api yang melintasi Sungai Perak dan merupakan salah satu jambatan keretapi tertua di Malaysia... Victoria bridge secara rasminya telah dibuka oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah dengan disaksikan sendiri oleh beberapa orang Residen British pada 21 Mac 1900... kini Victoria Bridge tidak lagi digunakan sebagai laluan kereta api kerana laluan baru telah dibina bersebelahan Victoria Bridge ni... korang jangan tanya aku kenapa nama jambatan ni Victoria... aku tak rajin nak selidik lebih dalam bab2 sejarah ni... kalau nak tahu sila buat research sendiri... hahaha...

Okeh... Sebabkan nilai sejarah yg ada pada jambatan ni lah maka program ini dibuat bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat untuk meroboh dan memusnahkan struktur jambatan tersebut yang mempunyai nilai sejarah yang sangat bernilai kepada negara... Tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta RTAM kerana mengambil inisiatif ini untuk memelihara khazanah sejarah ini...


Okeh... Berbalik ke event kami kat Victoria Bridge hari tu... nmpak gambar atas ni... beratur kitorang jln menyeberangi jambatan ni... laluan sempit jer kat tepi bridge tu... kalau nak lalu kat tgh bridge lagi la gayat sbb kalau tgk bawah kaki terus nmpak sungai... tinggi giler kot... setinggi 3 tingkat bangunan... yg gayat macam dak ujang tu mmg habisss laaa... hilang jantan dia atas bridge tu... hahhaa...

Kami delegasi media dan pelancong telah disambut sebagai tetamu VIP dalam majlis ni... 1st time beb diraikan sebagai VIP... menteri dan penduduk setempat sambut ketibaan kitorang... bayangkan kitorang masa tgh lintas bridge tu dengar pengumuman dari pengacara majlis kat seberang jambatan sana... 

"Diumumkan ketibaan delegasi media dan pelancong dari dalam dan luar negara sedang berjalan menyeberangi Victoria Bridge untuk bersama-sama kita pada hari bersejarah ini... bla bla bla bla...."

Perghhh... terkojut den... sambutan mmg tersangat2 meriah kat sana... ramai giler manusia...

Terima kasih penduduk Kuala Kangsar terutamanya penduduk di Parlimen Padang Rengas yg sangat sporting dan happening menyambut ketibaan kami... juadah tengah hari yg korang hidang kat kami mmg terbaek... siap makan berhidang beb... makan pulak takde nak guna sudu garpu bagai... makan jer dengan tangan... yg kitorang ni takde hal sangat... aku tgk pelancong luar la terkial2 nak mkn nasi dgn tangan... hahaha... tradisional habisss....

Haaaa... 1 perkara lagi aku kena story kat sini... hari tu ade upacara tembakan meriam sebagai simbolik pelancaran program ni... yg bestnya... meriam yg digunakan adalah meriam buatan penduduk tempatan... die punyer bunyi kalau tak silap aku boleh dengar sehingga jarak 5km... dah tu ko bayangkan lah kitorang yg hanya beberapa puluh meter ni mcm mana terkejut dia... yg tgh tahan kencing tu kompom meleleh bebb... serius aku cakap... 1st time aku dgr bunyi letupan kuat mcm tu...

Sepanjang kitorang kat sini mmg cuaca sangat la ohsemmm... lps habis acara rasmi2... makan2... kitorang bergegas naik atas bridge untuk bergambar... nak dtg sini pulak tak tahu bile kann... haruslah ambk kesempatan yg ada utk berpossing dan tunjuk skill ambk gambar masing2...

Jom aku tayang gambar yg sempat kitorang ambk hari tu...

Kemain Sue possing ehh... nak patah pinggang den nengoknyer... hahaha...

Qaseh... mangsa buli aku... mmg aku suke buli minah Terangganu ni... tak tahu knape... hahaha... tp die ni tunangan orang... harap xde yg cuba2 ngorat adik aku sorang ni...

Mieza... nama dia paling aku senang ingt mula2 dulu sebab ada iras2 nama Akiff sikit... nama Akiff kan Akiff Mirza... ada la sikit... minah ni sentiasa cool...

Ajeeb... kadang2 pggil Jeeb jer... mamat ni nyanyi suare sedap... betul lah kate orang... orang gemok mmg suara sedap... kahkahkah...

 Ujang... Sorry gambar ko yg senonoh mmg takde... ni yg paling sopan ade dlm koleksi aku... hahaha... dia ni mmg gila2... kdg2 kita perlu ada kwn mcm dia ni utk kita menyelami kehidupan orang mental... hahaha...


Daus... budak bidayuh yg dah convert masuk Islam... sahabat aku dulu kini dan selamanya... tp sensitip yg amat... hati buih... hahaha...

Erra... bini orang ni tp mude lagi... obses giler dgn colur pink... sgala benda nak pink... tp skrg die dah ade kat Jakarta dengan husband die...

Syahir... CEO fuhdotmy... blogger fulltime... giler masyukkk jadi blogger mcm die ni...

Yanty... ank mami yg kebudak2an... tp kdg2 ganas awek ni... tp sokkey kalau ade pakwe2 yg nak berkenalan... die boleh dibawak ketengah ketepi... hehehe...

Mawardi... blogger yg makin meningkat naik... blog die makin ohsemmm... jelez lak aku... korang kalau nak tempah name card ke... ape2 yg memerlukan design... boleh roger die... idea die sgt fresh dlm design...

Beki - Photographer fuh.my

Beki... Budak ni nmpak jer badan mcm gergasi tp adik2 jer lagi... baru habis skolah kot... skrg ni jadi Photografer untuk fuh.my.. kerlasss....

Kat atas ni aku perkenalkan sahabat2 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yg telah dijemput oleh pihak RTAM sendiri... terima kasih atas jemputan ini... sememangnya aku rasa sepanjang program Railway Tour ni memberikan kami sejuta kenangan indah yg dpt kami kongsikan bersama... jangan lupa terjah blog diorang kat atas ni untuk tahu kisah versi diorang pulak...

Ok... now aku dah kompius... ni entry Victoria Bridge atau entri nak perkenal blogger... hahaha... sorry2.. tersasar dari landasan...

Apapun, terima kasih juga kepada smua yg terlibat dlm program ni termasuk sahabat blogger dan media yg smue sporting giler2... aku tak sempat nak kenal dgn lebih dekat dgn smue yg ade hari tu... kalau nak aku senaraikan smue skali jenuh pulak kannn... apapun korang mmg best...