<b>Pelik</b> Ikan Mola-Mola Muncul - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger - Blog Makanan di Perak |
<b>Pelik</b> Ikan Mola-Mola Muncul - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 19 Apr 2014 02:05 AM PDT Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Dimasak dengan Style Melayu blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my Goreng pun sodappp.... P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
Respon Mufti <b>Perak</b> Mengenai Kubur Ibu Tunggal Yang Bercahaya Posted: 01 Apr 2014 12:00 AM PDT Ipoh: "Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu. Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir. Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan. Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih. "Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah," katanya. ketika dihubungi Harian Metro. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. Liang lahad bersinar Taiping: "Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya." Demikian kata Salahuddin Sulaiman, 91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam. Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. petang Ahad lalu. Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad. "Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Sumber: HM 0 comments: |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment