Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blog Makanan di Perak |
- Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b>
- Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b>
- [TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong | Tarikan <b>...</b>
Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> Posted: 08 Apr 2014 01:24 AM PDT http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar |
Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> Posted: 25 Mar 2014 01:37 AM PDT Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca fuh.my. Hari ini admin nak ceritakan sambungan tentang entri yang lepas dimana admin dan rakan rakan blogger dan media dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki ETS (Electric Train Service) dari KL Sentral ke Ipoh, Perak sempena Pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014Pada hari kedua admin di Ipoh, kami dijemput ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ini menyajikan lebih daripada 50 jenis masakan yang tediri daripada kuih muih dan pelbagai lagi. Pesta ini juga sekali lagi dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Antara lauk pauk yang disediakan untuk kami semua, sangat sedap. Nampak macam biasa tapi sebenarnya luar biasa sebab rempah ratus yang digunakan. Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti. Setahu admin pesta ini merupakan acara tahunan bermula tahun 2010 yang diadakan oleh Masyarakat Parlimen Lenggong yang diketuai oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah – Ahli Parlimen Lenggong. Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak. Pada sebelah petang, kami dibawa oleh penduduk kampung beng untuk mandi air terjun, sangat sangat teruja. Perjalanan dalam 15 minit je dah sampai. Tempat yang sangat bersih dan sesuai untuk mandi manda. Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisi Kampung Beng, sangat sedap sampai menjilat jari, tambah pula dengan adanya sesi karoke di antara penduduk kampung, bloggers dan media, sangat meriah pada malam itu. Tamat sudah untuk hari ini, tunggu entri berikutnya untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang Victoria Bridge yang sangat seronok. Apa apa pun makanan yang disediakan pada hari kedua kami di Ipoh dan Kampung Beng sangat sedap. Nak tahu apa aktiviti kami pada hari ketiga ? Sama sama kita tunggu. Kepada sesiapa yang terlepas entri yang pertama, sila tekan sini Incoming search terms:The following two tabs change content below. Commentscomments |
[TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong | Tarikan <b>...</b> Posted: 04 Feb 2014 04:57 PM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini. Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi. Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak. Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi. Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan?? Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua. -Ahmad Fauzi Aryaan- |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment