Sidang DUN <b>Perak</b> Ke-13: Program Individu, Kelompok <b>...</b> - Blog Makanan di Perak |
Sidang DUN <b>Perak</b> Ke-13: Program Individu, Kelompok <b>...</b> Posted: 02 Apr 2014 09:21 PM PDT Kerajaan negeri terus komited membantu golongan ibu tunggal di Perak dengan menyediakan pelbagai latihan kemahiran kepada mereka baik secara individu atau berkelompok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Perak, Datuk Rusnah Kassim. Katanya, antara latihan kemahiran yang ditawarkan kepada golongan ibu tunggal ialah kelas jahitan pembuatan kek yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan keluarga mereka. "Kita juga mendapati walaupun golongan ibu tunggal ini memiliki kemahiran dalam bidang jahitan dan pembuatan kek, mereka tidak tahu cara dan bagaimana untuk memasarkan produk yang dihasilkan. "Oleh yang demikian, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengumpulkan ibu tunggal dalam satu kelompok yang dianggotai antara 10 hingga 15 peserta di bawah program Bantunita. "Menerusi program ini, kita akan membantu kelompok tersebut memasarkan produk yang dihasilkan mereka dan pihak kerajaan negeri akan terus memikirkan kaedah terbaik untuk membantu kira-kira 15,000 ibu tunggal di Perak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk membantu golongan ibu tunggal di negeri itu pada Sidang DUN Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini. Rusnah berkata lagi, kerajaan negeri menjalin kerjasama pintar dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP untuk membantu golongan ibu tunggal di Kampung Aji, dekat Bota Kiri di bawah program Bantunita yang membabitkan seramai 15 peserta. "Peserta yang terpilih program Bantunita ini menghasilkan produk makanan sejuk beku, jahitan dan kuih tradisional yang membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM80,000. "Selain UTP, kerjasama juga dijalin dengan agensi lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Pertanian bagi memastikan program ini mencapai matlamat atau sasaran yang ditetapkan," katanya lagi. Apa yang membanggakan, tempahan makanan sejuk beku dan kuih tradisional yang dihasilkan kelompok ibu tunggal di Kampung Aji itu katanya, telah meningkat kerana mendapat permintaan daripada UTP dan syarikat lain. "Program berkelompok Bantunita secara tidak langsung menjadikan golongan wanita khususnya ibu tunggal lebih berdaya saing sekaligus berupaya mencapai matlamat mensejahterakan keluarga dan masyarakat," tegasnya lagi. Menjawab soalan lisan Rashidi Ibrahim (BN-Pasir Panjang) mengenai langkah kerajaan mengupayakan golongan wanita di Perak, Rusnah memberitahu, sehingga tahun lalu, seramai 3,273 orang telah menerima bantuan 1 Azam yang terdiri daripada pelbagai jenis bantuan. Untuk tahun 2013 sahaja, seramai 359 peserta menerima bantuan 1 Azam dan hasil pemantauan yang dijalankan, kira-kira 205 daripadanya sudah bergelar usahanita dan berniaga secara berdaya saing. "Di bawah program Kraf Kreatif pula, sehingga hujung tahun 2013, seramai 2,880 peserta mengikuti program ini dan kemudiannya membuka perniagaan dengan skala kecil selain menggunakan kemahiran yang diperoleh itu untuk manfaat keluarga sendiri," kata beliau lagi. |
Redirecting - Ahmad Fauzi Aryaan - Blogger - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> Posted: 03 Apr 2014 01:22 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini. Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi. Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak. Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi. Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan?? Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua. -Ahmad Fauzi Aryaan- |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment