MAKANAN ISTIMEWA NEGERI-NEGERI DI - Blog <b>Makanan di Perak</b> - Blog Makanan di Perak |
- MAKANAN ISTIMEWA NEGERI-NEGERI DI - Blog <b>Makanan di Perak</b>
- Makanan - Blog <b>Makanan di Perak</b>
- Produk Makanan Mampu Jadi Daya Tarikan - Blog <b>Makanan di Perak</b>
MAKANAN ISTIMEWA NEGERI-NEGERI DI - Blog <b>Makanan di Perak</b> Posted: 15 Dec 2014 01:18 AM PST Cuba bayangkan .. Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP. Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini. Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri..
Rombongan kami disambut dengan kompang Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi.
Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*
yang topi oren ni semua orang kampung teman
akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini
urmmmm
Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!
Nak try??
Bahan-bahan nak buat Putu Mayam
yong tau foo
sedapnya
dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura
urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. makanan pun dah habis
Gulai Kemahang
Rendang Daging Hitam
Gulai Lemak Pisang & Daging Salai
Ikan Pekasam Goreng
Resepi Kebebe
kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap
okay sumpah sedap. nak lagi please?
Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam
Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana.. "Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"
VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!
eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa
dalam khemah sama, tapi berbeza waktu amboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal
masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!
food presentation paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami Nyum, Nyum, Onomnomnomnom
makcik-makcik kampung yang peramah
orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak
suasana hangat
makanan dah sedia dihidangkan
Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori
Ikan Panggang
Masak Keladi
Ikan Pais
sambal tempoyak dan sambal belacan and ... and .. and
kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
best!!! Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.
teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis
Majlis Perasmian
Orang ramai tak putus-putus datang.. Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya ~bersambung~ |
Makanan - Blog <b>Makanan di Perak</b> Posted: 03 Dec 2014 01:46 AM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini. Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi. Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak. Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi. Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan?? Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua. -Ahmad Fauzi Aryaan- |
Produk Makanan Mampu Jadi Daya Tarikan - Blog <b>Makanan di Perak</b> Posted: 11 Nov 2014 01:52 AM PST Tidak dinafikan, produk makanan juga berpotensi menjadi daya penarik kepada sektor pelancongan di sesebuah negeri. Menurut Exco Kebudayaan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, kepelbagaian produk makanan yang terdapat di Perak mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk melawat negeri itu. "Kita sedia maklum kepelbagaian pilihan makanan telah menjadi salah satu daya penarik pelancong untuk berkunjung ke bandaraya Ipoh. "Kini, Ipoh sudah terkenal atau sinonim dengan jolokan "Ini akan meningkatkan lagi potensi Ipoh dan seterusnya negeri Perak sebagai hub untuk pelancong datang ke sini," ujarnya lagi. Terdahulu, beliau merasmikan Restoran FS Asam Pedas Claypot yang beroperasi di Medan Meru Raya dekat Ipoh. Restoran Asam Pedas Claypot tersebut baru sebulan beroperasi dan diusahakan oleh seorang usahawan muda berusia 23 tahun, Noor Faizah Mohd Radzuan. Nolee Ashilin berkata lagi, kedudukan Ipoh yang strategik juga mampu menjadikan bandar itu sebagai satu daya tarikan pelancong untuk berkunjung di situ. "Kita lihat pada hari ini bahawa Ipoh adalah kawasan yang berada di tengah-tengah Lebuhraya Utara-Selatan sekaligus berpotensi untuk menarik pelancong terutamanya pelancong domestik bukan sahaja untuk makan tetapi juga untuk menginap di sini. "Ini salah satu strategi kerajaan negeri untuk menjadikan Ipoh sebagai tempat yang boleh dikunjungi dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan makanan yang boleh dinikmati. "Dengan adanya sebuah restoran Asam Pedas di Ipoh, ia mampu menjadikan bandar raya sebagai tarikan tanpa perlu mereka pergi ke Melaka untuk merasai masakan tersebut," tambahnya. Sementara itu, Nolee Ashilin turut berharap agar pengusaha restoran di negeri tersebut menjaga kualiti dan kebersihan makanan kerana aspek itu akan diambil kira oleh para pelancong. Katanya, di Ipoh sahaja, terdapat kira-kira 40 kafe yang baru dibuka dengan menyajikan pelbagai jenis makanan. "Kita akan menyediakan satu risalah berkaitan Cafe Trials di samping mengemaskini risalah yang sedia ada iaitu Perak Food Trials dan Ipoh Food Trails dari semasa ke semasa," katanya lagi. CommentsLike FB Perak Today |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment