Search This Blog

Saturday, August 15, 2015

Perak Terima Pengiktirafan Warisan Kebangsaan 2015 | Perak Today - Blog Makanan di Perak

<b>Perak</b> Terima Pengiktirafan Warisan Kebangsaan 2015 | <b>Perak</b> Today - Blog Makanan di Perak


<b>Perak</b> Terima Pengiktirafan Warisan Kebangsaan 2015 | <b>Perak</b> Today

Posted: 12 Aug 2015 01:09 AM PDT

IPOH: Negeri Perak berjaya menerima pengiktirafan Warisan Kebangsaan 2015 iaitu melibatkan kategori bangunan dan monumen,tapak warisan, objek warisan dan makanan warisan.

Antara yang mendapat pengiktirafan bagi kategori tapak warisan bangunan dan monumen ialah Bangunan Pejabat Daerah dan Larut Matang Selama di Taiping.

Manakala bagi kategori tapak warisan arkeologi pula, Pulau Kalumpang Perak, Gua Teluk Kelawar dan Gua Harimau di Lengong berjaya mendapat pengiktirafan kali ini..

Sementara itu bagi kategori objek warisan (kategori Busana tekstil & seni hias diri dan kraf) Puteri Limau Purut (Puteri Perak) manakala bagi kategori makanan warisan, tiga makanan tradisional negeri ini telah diiktiraf iaitu bubur anak lebah, kuih bangkit dan kebebeh.

Majlis pengiktifan tersebut berlangsung di Auditorium muzium negara semalam yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Ujar Nolee, pengiktirafan Warisan Kebangsaan yang diperolehi kali ini bakal memudahkan pihak kerajaan negeri untuk memajukan lokasi bersejarah itu kelak.

Katanya lagi, perancangan untuk menaiktaraf  kemudahan dan infrastruktur pusat arkeologi di Lenggong dan kawasan yang diiktiraf tersebut akan giat dilaksanakan.

"Apabila mereka berkunjung kelak ianya sudah lengkap dengan kemudahan dan tarikan," katanya.

Tambahnya lagi, setakat ini tiada sebarang promosi dan hebahan diadakan kerana lokasi tersebut masih belum bersedia menerima pengunjung dalam masa yang terdekat berikutan kekurangan kemudahan infrastruktur.

Ujar Nolee lagi, Pulau Kelumpang mempunyai tarikan tersendiri yang menyimpan pelbagai artifak bersejarah dan berharga telah ditemui dikawasan tersebut.

"Kita wartakannya terlebih dahulu untuk dibangunkannya kelak dan kerajaan negeri juga ada berkerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak (JMG) banyak mengesan banyak artifak di lokasi itu," katanya.

Comments

No comments:

Post a Comment