Search This Blog

Wednesday, October 28, 2015

21/10/2015 — Trend Demam Kepialu Di Perak Terkawal Dan Rendah - Blog Makanan di Perak

21/10/2015 — Trend Demam Kepialu <b>Di Perak</b> Terkawal Dan Rendah - Blog Makanan di Perak


21/10/2015 — Trend Demam Kepialu <b>Di Perak</b> Terkawal Dan Rendah

Posted: 21 Oct 2015 03:17 AM PDT

perakbn Trend Demam Kepialu

Jabatan Kesihatan Negeri Perak melaporkan bahawa trend demam kepialu atau tifoid di negeri ini adalah rendah dan ia jarang berlaku.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, merujuk kepada rekod pada tahun 2011 hingga 2014, jumlah kes tifoid  yang berlaku hanya antara 8 hingga 18 kes sahaja dengan tiada sebarang kematian yang dilaporkan berlaku.

"Pada tahun ini, dari 1 Januari 2015 sehingga  20 Oktober 2015,  terdapat 30 kes yang dilaporkan dan disahkan demam kepialu di negeri ini, iaitu di daerah Hilir Perak (23 kes) , Kinta (5 kes), Hulu Perak (1 kes) dan Manjung (1 kes).

"Di daerah Hilir Perak, seramai 21 kes daripada 23 kes tersebut adalah melibatkan kejadian wabak yang berlaku di Depot  Tahanan Sementara di kalangan pendatang asing tanpa izin.

"Wabak tersebut adalah terkawal dan tiada kes baru dilaporkan di institusi berkenaan selepas Ogos 2015," demikian kata Datuk Dr Mah dalam kenyataannya pada Selasa.

Demam kepialu merupakan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan.

Ia biasanya berlaku di kawasan-kawasan yang kurangnya bekalan air terawat dan penggunaan tandas sanitari. Pengabaian penjagaan kebersihan diri juga menjadi punca wabak ini berlaku.

"Antara langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang dijalankan adalah Pemeriksaan Premis Makanan dan Tindakan Perundangan. Bagi tahun 2015 (sehingga bulan September), sebanyak 9,027 buah premis makanan telah diperiksa  dan sebanyak 75 premis telah diperintah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selama 14 hari untuk kerja pembersihan dan penyucian," katanya.

Sebagai langkah pencegahan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menasihatkan orang ramai supaya memilih kedai atau gerai makan yang bersih sekiranya ingin makan diluar; dan disarankan untuk mereka emilih makanan yang panas dan baru dimasak .

Dalam ada itu, orang ramai perlu mengutamakan kebersihan diri khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas.

"Latihan Pengendali Makanan di bawah peruntukan Peraturan 30, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 juga telah dijalankan.

"Di bawah Peraturan 31, semua pengendali makanan perlu mendapat vaksin tifoid bagi mencegah demam kepialu. Kedua-dua Peraturan 30 dan 31 tersebut adalah terpakai untuk semua pengendali makanan termasuklah pekerja asing," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment