Najib lancar festival <b>makanan</b> Malaysia <b>di</b> Milan | <b>Perak</b> Today - Blog Makanan di Perak |
- Najib lancar festival <b>makanan</b> Malaysia <b>di</b> Milan | <b>Perak</b> Today
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: “Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: Nasi Ayam Hainan, Makanan Halal Menjadi <b>...</b>
Najib lancar festival <b>makanan</b> Malaysia <b>di</b> Milan | <b>Perak</b> Today Posted: 04 Oct 2015 06:45 AM PDT MILAN – "Roti canai terbang" oleh Chef Asmawi Rozli atau lebih dikenali Mawi menarik perhatian para tetamu pada Festival Makanan Malaysia yang diadakan di Malaysian Pavillion di Expo Milano 2015 dengan kemahirannya memusingkan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu di udara. Mawi menunjukkan kepada para penonton cara membuat roti canai bermula dari menguli hingga menebarnya di udara sambil menari sehingga mendapat tepukan gemurah para tetamu. Roti canai merupakan antara hidangan Malaysia yang dihidangkan kepada para tetamu asing pada Festival Makanan Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, malam tadi. Para tetamu turut dijamukan dengan makanan terkenal Malaysia yang lain seperti sate, rendang daging, asam laksa, dim sum, karipap, goreng pisang, cucur udang dan bubur pulut hitam dan pengat pisang serta teh tarik. Selain makanan para tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Malaysia oleh para penari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara. Turut hadir ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. – Bernama Comments | ||||||||||||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di Perak</b>: “Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu <b>...</b> Posted: 25 Sep 2015 02:04 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Adooooiii...tibe2 rase nak makan penampo makanan Orang Perak.... Rase lame benor tak dapat melantak makanan Perak nih.. Mak abah aku mmg terer le bab-bab masak ni.. lagi Pak Ajit tu.. Mengalahkan Chef Wan~ Tu ~Tri ~Por! Ni nak masukkan gambo2 makanan & minuman yang biase mak abah aku masak utk kami anak beranak... LAPOOOORRR!!!
Abah aku suke benor beli buah ni time bulan puasa... sbb xnak rase buah ni...xtau le nape...bukan xsedap.. cume xgemor le...
Perghhh~~ Sedap benor le serawe ni... Lagi2 kalo letaknye ais... Menambah-nambah dibuatnye... Ni abah aku le suke buat...kalo ade kuinin je mesti dia beli santan siap2... nak dibuatnye serawa
Pais ni aku suke gak makan... Selagi namenye ikan mesti aku makan...kecuali gulai tempoyak je laa... tu pun kuah je aku xmakan... Ikan dia aku telan.. NGAP!!!
Ya Allah~ Sedapnye la wey...jgn kate la bai... Bapak aku jugak le yg suke beli ni utk makan tghari... Meletop! Sedap gile makan ngan nasik panas!!
Bapak aku lagi!!! Ni kalo bapak aku msak...mmg belemak betul... lepas makan bleh trus potong kaki leee....
Uuii mak...sedapnye la wey...tgok je pun dah Tap! Tap! ayor lior teman... Mak aku le yg pandai masak sambal ni... Petai dia rase fresh je bile makan Crunchy gitu... Kalo org len masak petai rase lemau... (tapi dah kurang makan petai skrg)
Ni aku sedap gak...tapi aku kurang sket makan...mungkin aku xsuke makanan masam2 kot...
Sedapnye la haiiii.... Aku tak suke gulai tempoyak...tapi kalo tempoyak masak aku bedal. Pelik~~ NGAP!!!! Dah citer pasal lauk-pauk...kita cakap pasal kudap2 n kuih-muih pulak... Nom~ Nom~ Nom~
Ni bukan dadah yea adik-adik... ni la Sagon...atau org panggil sagu.. Rasenye sedap~~ Alhamdulillah! Tapi bila nak makan kena hati2...jgn sampai tersedak... kalo dah tersedak boleh teberak!!! NGAP!!!
Rase kuih ni manis2... Makan ni pun hati2...sebab meleleh-leleh je... kang belemoih!! NGAP!!!
Selalu dihidang time raye... time tak raye pon ade... seronok makan depan tv... Ngap! Ngap! Ngap!
Pergh!! Feveret aku... dulu selalu la jumpa time kenduri... xkire la kenduri ape pun... tapi sekarang dah kurang lee... nak buat pon renyah~~ NGAM!!!!
Mak aku kalo dapat ubi kayu mesti buat penjan ni cicah ngan nyior garam dia suruh belajo makan care org dulu2... (yelaaaa tu~) NGAP!!!
Bahasa senangnye lempeng le...tapi kalo sebut lempeng xde le macam bunyi PERAKnyeee... cakap pasal tepek nyior aku teringat ngan bekas kapten aspuri aku time sekolah dulu... Selalu panggil dia tepek nyior... xtau nape...tapi dia bersajak sedap! sedap cam tepek nyior
~SEKIAN~ | ||||||||||||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di Perak</b>: Nasi Ayam Hainan, Makanan Halal Menjadi <b>...</b> Posted: 13 Aug 2015 01:03 AM PDT IPOH: Sebut sahaja Nasi Ayam Hainan, Rendang Tok, dan minuman terkenal Kopi Putih, pasti sesiapa yang pernah mencubanya akan berasa teruja untuk bercerita tentang makanan dan minuman enak yang terdapat di negeri Perak. Selain terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta flora dan fauna, juadah tradisionalnya berjaya mengundang sesiapa sahaja untuk berkunjung lagi ke negeri Perak secara kerap tanpa rasa jemu. Itulah sebabnya Perak terkenal sebagai 'Syurga Makanan Tradisional' baik dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara, terutamanya pelancong dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Baru-baru ini penulis berpeluang menyertai 'Perak Food Trail' anjuran Tourism Perak dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan menaiki koc acara khas Intercity dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Seramai 28 agensi pelancongan dari Singapura dan Batam, Indonesia serta empat wakil media dari Malaysia, termasuk penulis sendiri telah menyertai program tiga hari dua malam ini. Selain menggamit perhatian pelancong dengan warisan sejarah dan seni bina lama, negeri Perak juga mempunyai tarikan istimewa iaitu dari sudut penyediaan variasi jenis makanan. - Gambar fail Perjalanan dengan kereta api Perjalanan tren selama empat jam dari Kuala Lumpur ke Ipoh tidak berasa jemu kerana penumpang disajikan dengan kehijauan pemandangan di luar jendela sepanjang perjalanan itu. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat penulis serta 31 peserta lain, yang rata-ratanya menaiki koc santai khas KTMB buat pertama kali dengan rasa amat teruja. Apatah lagi, sepanjang perjalanan itu kami bebas bergerak ke mana-mana di atas koc keretapi itu selain dibawa melawat ke koc santai. Menurut Pengurus Kanan Pemasaran, Jualan dan Promosi KTM Intercity Mohd Noordin Kimi, koc santai yang terdiri daripada tiga gerabak itu dilengkapi kemudahan bilik seminar, perpustakaan mini, dan sistem karaoke yang memberi peluang kepada penumpang untuk berhibur. "Selain itu, mana-mana organisasi yang ingin menganjurkan 'team building', seminar ataupun hari keluarga mereka boleh menggunakan kemudahan itu bagi merasai pengalaman berseminar di atas koc," katanya. Nasi Ayam Hainan Ipoh Kami tiba di Stesen Keretapi Ipoh pada kira-kira pukul 8 malam dan disambut oleh Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib. Kemudian kami dibawa ke Restoran Nasi Ayam Hainan Ipoh Sdn Bhd, bagi merasai keenakkan nasi ayam Hainan yang merupakan juadah masyarakat Cina berasal dari wilayah Hainan, China. Menurut pemilik restoran Shahril Hizri Mohamed, nasi ayam disediakan melalui kaedah tradisional masyarakat Cina Hainan iaitu dengan merebus ayam dalam pati tulang ayam. "Pati ini kemudiannya digunakan untuk penyediaan nasi minyak dan berperisa ayam' "Nasi Ayam Hainan sering dihidangkan berserta cicahan yang diperbuat daripada sos cili dan serbuk halia serta kebiasaanya disajikan dengan hirisan timun dan taugeh goreng," katanya. Shahril berkata oleh kerana kebanyakan sajian ini tidak halal dan hanya terhad kepada golongan bukan Islam untuk mencubanya, maka beliau terdetik untuk 'menghalalkan' sajian ini bagi memberi peluang kepada golongan Muslim untuk mencubanya. "Tidak sangka ia mendapat sambutan yang menggalakkan... ramai juga golongan bukan Muslim datang untuk mencubanya dan memuji masakan kami," katanya. Terry Lai, 54, pemandu pelancong dari Singapura memuji kelazatan Nasi Ayam Hailam yang disediakan oleh pihak Shahril. "Rasanya tidak ubah seperti yang tidak halal, biasanya akan kekurangan sesuatu sekiranya merasakan nasi ayam jenis tidak halal namun cara masakannya tidak ubah seperti yang 'real'," katanya. Pelbagai makanan Cina halal boleh didapatiu di negeri Perak kerana banyak pengusaha pusat makanan sudah menyedari prospek penyediaan makanan halal. - Gambar hiasan Masakan Cina halal Keesokkan harinya, kami dibawa ke Restoran Caterbest, Bercham untuk makan tengah hari bagi merasai kelazatan masakan Cina asli yang halal. Menurut pemilik restoran itu, Wong Swee Kok idea untuk menghalalkan masakan Cina adalah untuk memperkenalkan kepada orang Islam kelazatan masakan tradisional Cina. "Ia juga sebagai memberi keyakinan kepada mereka bahawa masakan Cina juga boleh disediakan dalam bentuk halal dengan mengekalkan kelazatannya," katanya.Wong berkata kebanyakan daripada chef dan pembantu restorannya adalah terdiri daripada golongan Islam dan tertera logo halal di hadapan premisnya. "Ini juga bagi meyakinkan para pelanggan yang datang untuk mencuba makanan di sini kerana 100 peratus daripada hidangan yang kami sediakan adalah halal," katanya. Menurut Ibrahim, apabila lebih ramai masyarakat Cina menghalalkan masakan mereka, secara tidak langsung ia dapat membantu merancakkan industri pelancongan di negeri Perak. "Jika dilihat pada masa dahulu juadah Cina seperti 'Dim Sum' dan sup hanya boleh dinikmati oleh masyarakat bukan Islam kerana ia kebanyakannya disediakan secara tidak halal. "Namun dengan usaha pengusaha industri pemakanan yang telah banyak 'menghalalkan' masakan-masakan tradisional Cina, negeri Perak telah menjadi salah satu lokasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang menggemarkan konsep 'jalan-jalan cari makan'," katanya. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment