Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PERAK | Dapur Pak Ali - Blog Makanan di Perak

<b>MAKANAN TRADISIONAL</b> NEGERI <b>PERAK</b> | Dapur Pak Ali - Blog Makanan di Perak


<b>MAKANAN TRADISIONAL</b> NEGERI <b>PERAK</b> | Dapur Pak Ali

Posted: 26 Nov 2015 07:00 PM PST

12039684_1633997170203571_5891396727201622340_n

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PERAK

Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi.

Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri.

Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.

[TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong | Tarikan <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 04:57 PM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini.

Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak.


Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi.

Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. 

Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan??

Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua.

-Ahmad Fauzi Aryaan-



No comments:

Post a Comment