Search This Blog

Sunday, December 27, 2015

Karnival Makanan Cina Muslim Terima Sambutan ... - Perak Today - Blog Makanan di Perak

Karnival <b>Makanan</b> Cina Muslim Terima Sambutan <b>...</b> - <b>Perak</b> Today - Blog Makanan di Perak


Karnival <b>Makanan</b> Cina Muslim Terima Sambutan <b>...</b> - <b>Perak</b> Today

Posted: 28 Nov 2015 08:17 PM PST

IPOH: Karnival Makanan Cina Muslim yang berlangsung hari ini menerima sambutan yang luar biasa daripada penduduk setempat apabila kebanyakkan gerai makanan habis menjual hidangan masing-masing dalam tempoh kurang daripada dua jam.

Meskipun karnival tersebut dijangka berakhir pada jam12 tengah hari, ada sesetengah peniaga terpaksa menutup gerai jualan mereka satu jam setengah selepas dibuka setelah menerima sambutan yang luar biasa daripada pengunjung yang hadir.

PERAKTODAY

Dianggarkan hampir 1,200 hadir bagi memeriahkan karnival ini, pagi tadi.

Karnival tersebut diadakan di perkarangan Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina, Taman Tasek Jaya, di sini bermula pada jam 8 pagi dan dijangka berakhir pada jam 12 tengah hari.

Pengarah program, Muhammad Hafiz Ng berkata, antara tujuan karnival tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan pelbagai bangsa yang berada di kawasan setempat dan luar Ipoh.

PERAKTODAY1

"Selain itu, kita juga ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa walaupun mereka sudah memasuki Islam, mereka tidak akan tinggalkan budaya dan makanan tradisi mereka.

"Antara makanan yang ditawarkan pada hari ini ialah Chee Choong Fun, Chang, Tong Yun, Ayam Halia, bubur ayam dan ayam garam,"katanya ketika ditemui, pagi tadi.

Hafiz yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Ipoh juga berkata, beliau bercadang untuk menganjurkan karnival yang sama dalam skala yang lebih besar.

PERAKTODAY3

"Ini merupakan kali pertama kita anjurkan dan turut mendapat sokongan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Pada mulanya kita agak takut, tetapi selepas mendapat maklumbalas yang baik melalui promosi di Facebook Macma Ipoh, Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan.

"Berdasarkan sambutan yang sungguh luar biasa pada hari ini, kami bercadang untuk menganjurkan karnival seumpama ini setiap tahun dan dalam skala yang lebih besar,"ujarnya.

Karnival ini turut dihadiri oleh pengunjung daripada luar Ipoh dan turut dihadiri oleh pelbagai bangsa untuk merasai keenakan makanan Cina yang halal.

Comments

No comments:

Post a Comment