Blog <b>Makanan di Perak</b>: Railway Tourism | Pesta Makanan <b>...</b> - Blog Makanan di Perak |
Blog <b>Makanan di Perak</b>: Railway Tourism | Pesta Makanan <b>...</b> Posted: 29 Jan 2014 01:09 AM PST Ya ampunnn... serius aku sangat excited bila pertama kali sampai kat Victoria Bridge kat Seberang Karai, Perak ni... untuk peminat fotografi, aku rasa kat sini boleh jadi lubuk untuk korang dptkan gambar yg melethop... Victoria Bridge bagi aku boleh dikatigorikan sebagai lokasi outdoor photoshoot terbaek untuk korang yg ada kat sekitar Seberang Karai atau Kuala Kangsar atau Ipoh atau kawasan2 yg sama waktu dengannya... nanti aku show off gambar2 kitorang berphotoshoot kat sana ehhh... tunggu dulu... ada benda aku nak story dulu... 12 Januari 2014 hari tu aku dengan rakan2 blogger diberi peluang oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) bersama2 delegasi media serta pelancong dalam dan luar negara untuk menyaksikan sendiri Perasmian 'Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean sebagai salah satu binaan warisan negara yg harus dipertahankan dan dijadikan sebagai tarikan pelancong... perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz... Ni lah die Victoria Bridge tu... Meh aku nak citer skit sejarah Victoria Bridge ni... sebab aku jenis yg lembab skit bab2 sejarah ni... so, aku ringkaskan seringkas-ringkasnya... Victoria Bridge dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900... merupakan satu-satunya jambatan kereta api yang melintasi Sungai Perak dan merupakan salah satu jambatan keretapi tertua di Malaysia... Victoria bridge secara rasminya telah dibuka oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah dengan disaksikan sendiri oleh beberapa orang Residen British pada 21 Mac 1900... kini Victoria Bridge tidak lagi digunakan sebagai laluan kereta api kerana laluan baru telah dibina bersebelahan Victoria Bridge ni... korang jangan tanya aku kenapa nama jambatan ni Victoria... aku tak rajin nak selidik lebih dalam bab2 sejarah ni... kalau nak tahu sila buat research sendiri... hahaha... Okeh... Sebabkan nilai sejarah yg ada pada jambatan ni lah maka program ini dibuat bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat untuk meroboh dan memusnahkan struktur jambatan tersebut yang mempunyai nilai sejarah yang sangat bernilai kepada negara... Tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta RTAM kerana mengambil inisiatif ini untuk memelihara khazanah sejarah ini... Okeh... Berbalik ke event kami kat Victoria Bridge hari tu... nmpak gambar atas ni... beratur kitorang jln menyeberangi jambatan ni... laluan sempit jer kat tepi bridge tu... kalau nak lalu kat tgh bridge lagi la gayat sbb kalau tgk bawah kaki terus nmpak sungai... tinggi giler kot... setinggi 3 tingkat bangunan... yg gayat macam dak ujang tu mmg habisss laaa... hilang jantan dia atas bridge tu... hahhaa... Kami delegasi media dan pelancong telah disambut sebagai tetamu VIP dalam majlis ni... 1st time beb diraikan sebagai VIP... menteri dan penduduk setempat sambut ketibaan kitorang... bayangkan kitorang masa tgh lintas bridge tu dengar pengumuman dari pengacara majlis kat seberang jambatan sana... "Diumumkan ketibaan delegasi media dan pelancong dari dalam dan luar negara sedang berjalan menyeberangi Victoria Bridge untuk bersama-sama kita pada hari bersejarah ini... bla bla bla bla...." Perghhh... terkojut den... sambutan mmg tersangat2 meriah kat sana... ramai giler manusia... Terima kasih penduduk Kuala Kangsar terutamanya penduduk di Parlimen Padang Rengas yg sangat sporting dan happening menyambut ketibaan kami... juadah tengah hari yg korang hidang kat kami mmg terbaek... siap makan berhidang beb... makan pulak takde nak guna sudu garpu bagai... makan jer dengan tangan... yg kitorang ni takde hal sangat... aku tgk pelancong luar la terkial2 nak mkn nasi dgn tangan... hahaha... tradisional habisss.... Haaaa... 1 perkara lagi aku kena story kat sini... hari tu ade upacara tembakan meriam sebagai simbolik pelancaran program ni... yg bestnya... meriam yg digunakan adalah meriam buatan penduduk tempatan... die punyer bunyi kalau tak silap aku boleh dengar sehingga jarak 5km... dah tu ko bayangkan lah kitorang yg hanya beberapa puluh meter ni mcm mana terkejut dia... yg tgh tahan kencing tu kompom meleleh bebb... serius aku cakap... 1st time aku dgr bunyi letupan kuat mcm tu... Sepanjang kitorang kat sini mmg cuaca sangat la ohsemmm... lps habis acara rasmi2... makan2... kitorang bergegas naik atas bridge untuk bergambar... nak dtg sini pulak tak tahu bile kann... haruslah ambk kesempatan yg ada utk berpossing dan tunjuk skill ambk gambar masing2... Jom aku tayang gambar yg sempat kitorang ambk hari tu... Abah Careno - www.marqiscareno.blogspot.com Kemain Sue possing ehh... nak patah pinggang den nengoknyer... hahaha... Qaseh - www.qasehdalia.com Qaseh... mangsa buli aku... mmg aku suke buli minah Terangganu ni... tak tahu knape... hahaha... tp die ni tunangan orang... harap xde yg cuba2 ngorat adik aku sorang ni... Mieza - www.hasyanaurah.com Mieza... nama dia paling aku senang ingt mula2 dulu sebab ada iras2 nama Akiff sikit... nama Akiff kan Akiff Mirza... ada la sikit... minah ni sentiasa cool... Najeeb - www.katanajeeb.blogspot.com Ajeeb... kadang2 pggil Jeeb jer... mamat ni nyanyi suare sedap... betul lah kate orang... orang gemok mmg suara sedap... kahkahkah... Ujang - www.azfar9897.blogspot.com Ujang... Sorry gambar ko yg senonoh mmg takde... ni yg paling sopan ade dlm koleksi aku... hahaha... dia ni mmg gila2... kdg2 kita perlu ada kwn mcm dia ni utk kita menyelami kehidupan orang mental... hahaha... Redscarz - www.redscarz.blogspot.com Daus... budak bidayuh yg dah convert masuk Islam... sahabat aku dulu kini dan selamanya... tp sensitip yg amat... hati buih... hahaha... Erra - www.errakyra.blogspot.com Erra... bini orang ni tp mude lagi... obses giler dgn colur pink... sgala benda nak pink... tp skrg die dah ade kat Jakarta dengan husband die... Syahir... CEO fuhdotmy... blogger fulltime... giler masyukkk jadi blogger mcm die ni... Yanty... ank mami yg kebudak2an... tp kdg2 ganas awek ni... tp sokkey kalau ade pakwe2 yg nak berkenalan... die boleh dibawak ketengah ketepi... hehehe... Mawardi - www.mawardiyunus.com Mawardi... blogger yg makin meningkat naik... blog die makin ohsemmm... jelez lak aku... korang kalau nak tempah name card ke... ape2 yg memerlukan design... boleh roger die... idea die sgt fresh dlm design... Beki - Photographer fuh.my Beki... Budak ni nmpak jer badan mcm gergasi tp adik2 jer lagi... baru habis skolah kot... skrg ni jadi Photografer untuk fuh.my.. kerlasss.... Kat atas ni aku perkenalkan sahabat2 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yg telah dijemput oleh pihak RTAM sendiri... terima kasih atas jemputan ini... sememangnya aku rasa sepanjang program Railway Tour ni memberikan kami sejuta kenangan indah yg dpt kami kongsikan bersama... jangan lupa terjah blog diorang kat atas ni untuk tahu kisah versi diorang pulak... Ok... now aku dah kompius... ni entry Victoria Bridge atau entri nak perkenal blogger... hahaha... sorry2.. tersasar dari landasan... Apapun, terima kasih juga kepada smua yg terlibat dlm program ni termasuk sahabat blogger dan media yg smue sporting giler2... aku tak sempat nak kenal dgn lebih dekat dgn smue yg ade hari tu... kalau nak aku senaraikan smue skali jenuh pulak kannn... apapun korang mmg best... |
Nizam.Ariff - Blog <b>Makanan di Perak</b> - Blogger Posted: 03 Feb 2014 01:16 AM PST Kari kepala ikan sudah terlalu sinonim dengan Restoran ZK, terletak di 76, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. Premis ini juga lebih dikenali sebagai 'Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Attap' di kalangan ribuan pelanggan tetap. "Tatkala berusia 12 tahun, saya mula bekerja di restoran di Ipoh, Perak, membantu menghantar makanan kepada pelanggan. Di situ juga saya melihat dan mula mengkaji bagaimana cara memasak kari kepala ikan enak. Sepuluh tahun kemudian saya berhijrah ke Cheras, Kuala Lumpur, menyewa tapak perniagaan di restoran Cina dengan kadar RM5 sehari," ujar pemilik Restoran ZK, Haji Zabarullah Khan Kader Mydin, 64 tahun. Saya dapati, beliau, insan begitu merendah diri ketika berbicara.
"Apakah rahsia di sebalik kari kepala ikan sedap disediakan?," soal saya kepada ayah tiga anak itu. "Kepala ikan harus segar. Bagi memastikan kesegaran setiap kepala ikan, kira-kira jam 8 pagi, saya sendiri pergi ke pasar untuk memilih hanya kepala ikan jenahak dan merah terbaik dihidangkan kepada pelanggan. Saya kongsikan satu petua bersama Mazidul. Kalau hendak membeli kepala ikan merah, pastikan tiada jalur kuning di bawah mata ikan itu. Jika ada, daging kepala, liat," jelas beliau. Saya diundang oleh Zabarullah tatkala beliau membeli kepala ikan di Pasar Seksyen 6, Shah Alam, Selangor. "Selain daripada Pasar Seksyen 6, bekalan ikan juga dihantar oleh peniaga Pasar Pudu, Pasar Klang dan Pelabuhan Klang. Lazimnya kepala ikan saya beli berharga di antara RM20 dan RM30 setiap satu. Berat keseluruhan ikan harus lebih daripada 3 kilogram, jadi kepala tidak akan mudah hancur tatkala dimasak. itu antara petua berguna," tambah Zabarullah. Zabarullah berbeza berbanding ramai pemilik restoran lain. Beliau memasak sendiri kari kepala ikan direstorannya. "Memasak kari kepala ikan, hobi saya. Bukan sukar kerana semua bahan telah disediakan oleh pekerja. Kacang bendi, tauhu kering dan tomato antara bahan saya gunakan. Lendir bendi berfungsi memekatkan lagi kuah kari manakala tauhu kering pula menyerap lebihan minyak di dalam kuah. Apapun, hirisan bawang besar ditumis sehingga naik bau, curahkan kuah kari dan tunggu sehingga menggelegak sebelum kepala ikan dimasukkan satu persatu ke dalam periuk," terang datuk kepada lima cucu terbabit. Restoran ZK beroperasi seawal jam 6.30 pagi, menghidangkan sarapan. Jam 10 pagi, restoran ditutup buat sementara waktu untuk pekerja membersihkan lantai premis terbabit. "Selain kualiti makanan, aspek kebersihan sentiasa diberikan perhatian khusus demi menjamin keselesaan semua pelanggan. Tepat jam 11 pagi, kari kepala ikan mula dijual," ujar Zabarullah. Purata, 500 pelangggan berkunjung ke restoran ini setiap hari. Restoran ZK beroperasi sehingga jam 4 petang setiap hari dan ditutup pada hari Ahad. "Kami semua bertugas di Sudan. Akibat pergolakan dan pertelingkahan dua etnik utama di sana, majikan mengarahkan kami pulang ke tanahair buat sementara waktu. Saya dan rakan teringin untuk makan kari kepala ikan. Restoran ZK menjadi pilihan kami kerana layanan mesra dan kari kepala ikan amat sedap dan menepati citarasa semua," ujar Azizi Abdul Ghani. "Kari kepala ikan di sini dimasak tanpa santan dan boleh dimakan segar dalam tempoh 24 jam. Harga kepala ikan di antara RM15 dan RM90, boleh dimakan di antara dua dan 7 orang, mengikut saiz. Sebilangan pelanggan saya, membawa pulang juadah ini ke Sabah, Sarawak, Singapura dan London, United Kingdom. Kari kepala ikan dimuatkan di dalam bekas plastik dan beg kertas. Alhamdulillah, ramai juga golongan kenamaan makan di restoran ini," kata Zabarullah. Anak bongsu Zabarullah, Badrulzaman, 23 tahun, biarpun sibuk bertugas sebagai juruterbang, tetap ringan tulang pada waktu terluang, melayan pelanggan bertali arus berkunjung untuk menjamu selera. "Setelah lebih 20 tahun meraih rezeki di sini, saya berharap Badrul akan menjadi pewaris perniagaan kari kepala ikan. Sebagai taukeh, kita umpama tiang utama bangunan. Tanpa tiang itu bangunan bakal runtuh. Justeru saya sentiasa cuba berada di restoran ini untuk melayan pelanggan. Pelanggan datang dari jauh dan dekat, membawa wang bersama mereka, membayar bil dan menguntungkan syarikat. Oleh itu setiap pelanggan seharusnya diberikan perhatian istimewa," jelas peniaga bersifat merendah diri itu lagi. Ketika itu Zabarullah sibuk menuangkan madu asli ke dalam kuah tambahan hidangan ayam madu, antara juadah utama di Restoran ZK, selain daripada kari kepala ikan. "Saya membeli stok madu asli dari pembekal di Pahang. Jadi ayam madu tidak dicampur gula untuk menjaga kesihatan pelanggan," tambah beliau. Sehari selepas kisah Restoran ZK dipaparkan di Majalan 3, siaran 20 Januari 2014, ribuan pelanggan menyerbu premis itu. Andai ingin membuat pesanan awal kari kepala ikan sebelum berkunjung ke Restoran ZK, sila hubungi 03 2773 9786.
|
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment