Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> - Blog Makanan di Perak |
- Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b>
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: RAILWAY TOURISM : PESTA MAKANAN <b>...</b>
- yang budiman 4 - hanya kerana hikayat - Blog <b>Makanan di Perak</b>
- Blog <b>Makanan di Perak</b>: Railway Tourism | Pesta Makanan <b>...</b>
- HARGA <b>MAKANAN DI</b> KANTIN SEKOLAH - TIDAKAN SEGERA
Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> Posted: 23 Jan 2014 01:38 AM PST http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar |
Blog <b>Makanan di Perak</b>: RAILWAY TOURISM : PESTA MAKANAN <b>...</b> Posted: 24 Jan 2014 01:22 AM PST Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya, Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis. Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan. Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar. Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terimakasihh ;) |
yang budiman 4 - hanya kerana hikayat - Blog <b>Makanan di Perak</b> Posted: 31 Jan 2014 01:09 AM PST Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan. "Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv. "Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv. "Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!" "Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas. "Okey Syani. Insyallah, bye!" "Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya. "Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku. "Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal! "Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan. "Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya. "Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata. "Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya! "Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim. "So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta. "You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas. "Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya. "Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu! "Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya. "Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga. "Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak. Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik! "You boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi. "I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang. Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu. "Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis. "Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan. "I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung. "Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. "Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya! "Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta. "Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati. "Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale. "Taklah, siapa cakap?" "Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali. "Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya. "Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu. "So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku. "Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya. "It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal. "Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa." "Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga. "Come," serunya dan aku menurut. Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina. "I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat. "I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai. Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan! "Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi. "Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui. "Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah! "Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi. "Really?" Dia teruja. "Yes, of course!" "I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya. "Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas. "Good girl! Okay, let's eat!" "Okey, jom!" "Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama. "This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi. "I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas. Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina. Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas. Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu. Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan! "Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula. "I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan. "I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh! "Okey teruskan," gumamnya lagi. "I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba. "Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir. "Yes, balik kampung I!" tawarku lagi. "Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi. "Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya. "Actually, I cuma mahu.... Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan. "Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya. "Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara yang mustahak saja. "Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung. "Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka. "Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung. "Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai. "Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan. Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih. "Why? Anything happend?" soalnya serius. "Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa. "Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah! "I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar. "Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku. "Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali. "You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku. "Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati. "Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju. "Tolong apa?" "Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu." "Jadi boyfriend you? Berapa lama?" "Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti." "Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju. "Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi. "Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik. "Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!" "Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor. "Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira. "Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara. "Hanan!" "Maksudnya?" "Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama. "Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja. "Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman. Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya. kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya. ahn3914@gmail.com pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :) |
Blog <b>Makanan di Perak</b>: Railway Tourism | Pesta Makanan <b>...</b> Posted: 29 Jan 2014 01:09 AM PST Ya ampunnn... serius aku sangat excited bila pertama kali sampai kat Victoria Bridge kat Seberang Karai, Perak ni... untuk peminat fotografi, aku rasa kat sini boleh jadi lubuk untuk korang dptkan gambar yg melethop... Victoria Bridge bagi aku boleh dikatigorikan sebagai lokasi outdoor photoshoot terbaek untuk korang yg ada kat sekitar Seberang Karai atau Kuala Kangsar atau Ipoh atau kawasan2 yg sama waktu dengannya... nanti aku show off gambar2 kitorang berphotoshoot kat sana ehhh... tunggu dulu... ada benda aku nak story dulu... 12 Januari 2014 hari tu aku dengan rakan2 blogger diberi peluang oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) bersama2 delegasi media serta pelancong dalam dan luar negara untuk menyaksikan sendiri Perasmian 'Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean sebagai salah satu binaan warisan negara yg harus dipertahankan dan dijadikan sebagai tarikan pelancong... perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz... Ni lah die Victoria Bridge tu... Meh aku nak citer skit sejarah Victoria Bridge ni... sebab aku jenis yg lembab skit bab2 sejarah ni... so, aku ringkaskan seringkas-ringkasnya... Victoria Bridge dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900... merupakan satu-satunya jambatan kereta api yang melintasi Sungai Perak dan merupakan salah satu jambatan keretapi tertua di Malaysia... Victoria bridge secara rasminya telah dibuka oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah dengan disaksikan sendiri oleh beberapa orang Residen British pada 21 Mac 1900... kini Victoria Bridge tidak lagi digunakan sebagai laluan kereta api kerana laluan baru telah dibina bersebelahan Victoria Bridge ni... korang jangan tanya aku kenapa nama jambatan ni Victoria... aku tak rajin nak selidik lebih dalam bab2 sejarah ni... kalau nak tahu sila buat research sendiri... hahaha... Okeh... Sebabkan nilai sejarah yg ada pada jambatan ni lah maka program ini dibuat bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat untuk meroboh dan memusnahkan struktur jambatan tersebut yang mempunyai nilai sejarah yang sangat bernilai kepada negara... Tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta RTAM kerana mengambil inisiatif ini untuk memelihara khazanah sejarah ini... Okeh... Berbalik ke event kami kat Victoria Bridge hari tu... nmpak gambar atas ni... beratur kitorang jln menyeberangi jambatan ni... laluan sempit jer kat tepi bridge tu... kalau nak lalu kat tgh bridge lagi la gayat sbb kalau tgk bawah kaki terus nmpak sungai... tinggi giler kot... setinggi 3 tingkat bangunan... yg gayat macam dak ujang tu mmg habisss laaa... hilang jantan dia atas bridge tu... hahhaa... Kami delegasi media dan pelancong telah disambut sebagai tetamu VIP dalam majlis ni... 1st time beb diraikan sebagai VIP... menteri dan penduduk setempat sambut ketibaan kitorang... bayangkan kitorang masa tgh lintas bridge tu dengar pengumuman dari pengacara majlis kat seberang jambatan sana... "Diumumkan ketibaan delegasi media dan pelancong dari dalam dan luar negara sedang berjalan menyeberangi Victoria Bridge untuk bersama-sama kita pada hari bersejarah ini... bla bla bla bla...." Perghhh... terkojut den... sambutan mmg tersangat2 meriah kat sana... ramai giler manusia... Terima kasih penduduk Kuala Kangsar terutamanya penduduk di Parlimen Padang Rengas yg sangat sporting dan happening menyambut ketibaan kami... juadah tengah hari yg korang hidang kat kami mmg terbaek... siap makan berhidang beb... makan pulak takde nak guna sudu garpu bagai... makan jer dengan tangan... yg kitorang ni takde hal sangat... aku tgk pelancong luar la terkial2 nak mkn nasi dgn tangan... hahaha... tradisional habisss.... Haaaa... 1 perkara lagi aku kena story kat sini... hari tu ade upacara tembakan meriam sebagai simbolik pelancaran program ni... yg bestnya... meriam yg digunakan adalah meriam buatan penduduk tempatan... die punyer bunyi kalau tak silap aku boleh dengar sehingga jarak 5km... dah tu ko bayangkan lah kitorang yg hanya beberapa puluh meter ni mcm mana terkejut dia... yg tgh tahan kencing tu kompom meleleh bebb... serius aku cakap... 1st time aku dgr bunyi letupan kuat mcm tu... Sepanjang kitorang kat sini mmg cuaca sangat la ohsemmm... lps habis acara rasmi2... makan2... kitorang bergegas naik atas bridge untuk bergambar... nak dtg sini pulak tak tahu bile kann... haruslah ambk kesempatan yg ada utk berpossing dan tunjuk skill ambk gambar masing2... Jom aku tayang gambar yg sempat kitorang ambk hari tu... Abah Careno - www.marqiscareno.blogspot.com Kemain Sue possing ehh... nak patah pinggang den nengoknyer... hahaha... Qaseh - www.qasehdalia.com Qaseh... mangsa buli aku... mmg aku suke buli minah Terangganu ni... tak tahu knape... hahaha... tp die ni tunangan orang... harap xde yg cuba2 ngorat adik aku sorang ni... Mieza - www.hasyanaurah.com Mieza... nama dia paling aku senang ingt mula2 dulu sebab ada iras2 nama Akiff sikit... nama Akiff kan Akiff Mirza... ada la sikit... minah ni sentiasa cool... Najeeb - www.katanajeeb.blogspot.com Ajeeb... kadang2 pggil Jeeb jer... mamat ni nyanyi suare sedap... betul lah kate orang... orang gemok mmg suara sedap... kahkahkah... Ujang - www.azfar9897.blogspot.com Ujang... Sorry gambar ko yg senonoh mmg takde... ni yg paling sopan ade dlm koleksi aku... hahaha... dia ni mmg gila2... kdg2 kita perlu ada kwn mcm dia ni utk kita menyelami kehidupan orang mental... hahaha... Redscarz - www.redscarz.blogspot.com Daus... budak bidayuh yg dah convert masuk Islam... sahabat aku dulu kini dan selamanya... tp sensitip yg amat... hati buih... hahaha... Erra - www.errakyra.blogspot.com Erra... bini orang ni tp mude lagi... obses giler dgn colur pink... sgala benda nak pink... tp skrg die dah ade kat Jakarta dengan husband die... Syahir... CEO fuhdotmy... blogger fulltime... giler masyukkk jadi blogger mcm die ni... Yanty... ank mami yg kebudak2an... tp kdg2 ganas awek ni... tp sokkey kalau ade pakwe2 yg nak berkenalan... die boleh dibawak ketengah ketepi... hehehe... Mawardi - www.mawardiyunus.com Mawardi... blogger yg makin meningkat naik... blog die makin ohsemmm... jelez lak aku... korang kalau nak tempah name card ke... ape2 yg memerlukan design... boleh roger die... idea die sgt fresh dlm design... Beki - Photographer fuh.my Beki... Budak ni nmpak jer badan mcm gergasi tp adik2 jer lagi... baru habis skolah kot... skrg ni jadi Photografer untuk fuh.my.. kerlasss.... Kat atas ni aku perkenalkan sahabat2 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yg telah dijemput oleh pihak RTAM sendiri... terima kasih atas jemputan ini... sememangnya aku rasa sepanjang program Railway Tour ni memberikan kami sejuta kenangan indah yg dpt kami kongsikan bersama... jangan lupa terjah blog diorang kat atas ni untuk tahu kisah versi diorang pulak... Ok... now aku dah kompius... ni entry Victoria Bridge atau entri nak perkenal blogger... hahaha... sorry2.. tersasar dari landasan... Apapun, terima kasih juga kepada smua yg terlibat dlm program ni termasuk sahabat blogger dan media yg smue sporting giler2... aku tak sempat nak kenal dgn lebih dekat dgn smue yg ade hari tu... kalau nak aku senaraikan smue skali jenuh pulak kannn... apapun korang mmg best... |
HARGA <b>MAKANAN DI</b> KANTIN SEKOLAH - TIDAKAN SEGERA Posted: 27 Jan 2014 12:28 AM PST Pengetua/Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah Tuan, MAKLUMAT BERKAITAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH Merujuk perkara di atas. 2. Susulan daripada timbul isu kenaikan harga makanan dan minuman di kantin sekolah, Jawatankuasa Siasatan Harga Makanan di Kantin Sekolah Peringkat Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat pada 22 Januari 2014. Beberapa maklumat diperlukan oleh Jawatankuasa ini. 3. Mohon sekolah muat turun maklumat di bawah dan hantar : i. Softcopy ke hemperaktengah@gmail.com ii. Cetakan ke Penyelia HEM PPD Perak Tengah Sila klik pautan di bawah untuk muat turun bahan. Surat Lampiran 1 Sila hantar Lampiran 1 sebelum 30 Januari 2014. Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Daripada, Nursyari Faizal b Ahmad Mokhtar Penyelia HEM PPD Perak Tengah |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment