MENCARI KONKLUSI: <b>MAKANAN TRADISIONAL</b> NEGERI <b>PERAK</b> - Blog Makanan di Perak |
MENCARI KONKLUSI: <b>MAKANAN TRADISIONAL</b> NEGERI <b>PERAK</b> Posted: 25 Dec 2013 08:31 AM PST Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya, Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis. Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan. Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar. Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terimakasihh ;) |
pesta <b>makanan tradisional</b> lenggong 2014 - kisah tatie - Blogger Posted: 17 Jan 2014 12:28 PM PST Cuba bayangkan .. Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP. Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini. Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri..
Rombongan kami disambut dengan kompang Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi.
Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*
yang topi oren ni semua orang kampung teman
akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini
urmmmm
Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!
Nak try??
Bahan-bahan nak buat Putu Mayam
yong tau foo
sedapnya
dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura
urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. makanan pun dah habis
Gulai Kemahang
Rendang Daging Hitam
Gulai Lemak Pisang & Daging Salai
Ikan Pekasam Goreng
Resepi Kebebe
kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap
okay sumpah sedap. nak lagi please?
Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam
Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana.. "Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"
VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!
eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa
dalam khemah sama, tapi berbeza waktu amboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal
masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!
food presentation paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami Nyum, Nyum, Onomnomnomnom
makcik-makcik kampung yang peramah
orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak
suasana hangat
makanan dah sedia dihidangkan
Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori
Ikan Panggang
Masak Keladi
Ikan Pais
sambal tempoyak dan sambal belacan and ... and .. and
kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
best!!! Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.
teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis
Majlis Perasmian
Orang ramai tak putus-putus datang.. Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya ~bersambung~ |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment