Search This Blog

Saturday, February 15, 2014

Aneh, Ada Rumah Sakit Ikan Di India - Blog Makanan di Perak - Blog Makanan di Perak

Aneh, Ada Rumah Sakit Ikan Di India - Blog <b>Makanan di Perak</b> - Blog Makanan di Perak


Aneh, Ada Rumah Sakit Ikan Di India - Blog <b>Makanan di Perak</b>

Posted: 07 Feb 2014 01:27 AM PST

Bukan gambar sebenar..

Ipoh: Kehadiran ramai pelanggan lelaki warga asing di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Holy di sini, terjawab apabila premis itu didapati menawarkan khidmat tukang gunting wanita seksi yang hanya memakai seluar pendek dan baju dalam.

Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Imigresen Perak melakukan serbuan di premis itu yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, semalam. Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid melakukan pemeriksaan mengejut di tujuh premis yang menjadi lokasi warga asing Myanmar berkumpul di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, operasi tertumpu di empat kedai runcit dan tiga kedai makan popular kalangan warga Myanmar menjamu selera dan membeli pelbagai barangan harian.

Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi 'koloni' pendatang asing terutama dari Myanmar menjamu selera dan berkumpul terutama pada hari hujung minggu.

"Ketika serbuan dilakukan kebanyakan warga asing terbabit sedang menggunting rambut dan menjamu selera di dalam premis yang disewa khas.
"Hasil serbuan dilakukan, seramai 23 lelaki warga Myanmar, tiga wanita Myanmar, satu wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berjaya diberkas.
"Semua mereka berusia antara 16 dan54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah memasuki negara ini," katanya. (IH)

HARGA MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH - Blog <b>Makanan di Perak</b>

Posted: 06 Feb 2014 01:39 AM PST

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html


PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International.

Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara)

Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat.

Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga.

Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain.

Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14.

Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor.

Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis.

Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020.

Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik.
Walaupun kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak menghidap sebarang kekurangan zat makanan, tetapi menunjukkan sebilangan kanak-kanak yang kurang berat badan dengan skor 28.

Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile.

Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia.

Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112).

Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai.

"Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam.

Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar

Noor Atikah Ramli - Blog <b>Makanan di Perak</b> - Blogger

Posted: 07 Feb 2014 01:07 AM PST

Semakin canggih pembangunan perubatan, teknologi dan penemuan saintifiknya semakin meningkat kadar penyakit-penyakit yang membawa maut, seperti serangan jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Ini bermakna perkembangan dan kecanggihan bidang perubatan tidak dapat menyumbang kearah pengurangan bilangan pesakit samada yang sedia ada mahupun yang baru. 

Kajian menunjukkan perkembangan teknologi perubatan hanya mampu memberi manfaat kepada mereka-mereka yang telah mengidap penyakit yang memerlukan rawatan dan perubatan yang lebih canggih dan selesa, tetapi dengan harga yang turut meningkat seiring kemajuannya.

Kenapa makanan tambahan diperlukan?

Umum mengetahui, untuk pencegahan penyakit-penyakit moden kini, sel-sel kita perlu mendapatkan zat-zat serta nutrien yang semakin sukar didapati dari amalan pemakanan gaya hidup moden kini. Kita lebih mementingkan keselesaan berbanding kesihatan kita.

Kehidupan moden, makanan segera yang berleluasa menjadi penyumbang utama masalah kesihatan moden. Mudah, ringkas, sedap, kenyang, tapi penuh segala bahan kimia iaitu pengawit, perisa, perasa, logam berat, tinggi gula, kolesterol dsb.

Kita mempunyai beratus trillion sel yang sedang bekerja didalam setiap sistem-sistem kita yang terdiri dari organ-organ dan tisu yang sedang membina kehidupan. Kesihatan kita bergantung kepada nutrien-nutrien yang diperolehi oleh kesemua sel-sel  tersebut. Mampukah nutrien-nutrien itu diperolehi dari sumber-sumber makanan kita hari ini?

Tahukah anda?

Ikan yang dibekalkan kepada kita dari Thailand, lndia dsb direndam di dalam ubat mayat yang dinamakan Formalin, supaya tahan lama? Ayam kita ialah anak ayam yang disuntik hormon dsbnya supaya cepat besar, pulangan segera. Sayur kita ialah sayur yang diselimuti racun serangga yang hebat hinggakan ulat pun tak berani makan. Sebab yang ulat tak makanlah yang mmpunyai harga, yang menjadi pilihan kita.
Buah-buahan kita yang telah disimpan lama, yang telah diawet dengan white chemical, yang kelihatan putih berkilat pada buah epal dan sebagainya. Dikatakan untuk sampai kepada kita makan masa berbulan-bulan.sedangkan vitamin mula hilang sejak ianya mula dipetik. Begitulah dengan apa saja yang disediakankepda kita hari ini seperti beras, gula, tepung, segala telah diproses secara kimia. 

Gula putih adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.

Oleh itu, Kenapa Perlunya Makanan Tambahan.

  • Kerana kita tidak mampu untuk menternak ayam sendiri, menangkap ikan sendiri, tanam sayur sendiri, dsb? 
  • Sebagai pelopor dibidang vitamin, doktor Forest C Shaklee telah melihat jauh kehadapan dimana beliau telah menjangka bahawa di dalam dunia yang moden nanti, segalanya segera dan makanan segar sudah sukar diperolehi. Sebagai solusi nya, we suplement our foods and suplement becomes A Modern Solution To A Modern Problems sebagai Nutritional lnsurance.

Bolehkah Makan Banyak Vitamin? 

Sebenarnya kita dah lama kekurangan vitamin jadi kalau kita ambil vitamin-vitamin mengikut kuantiti seperti tertera dibotol , itu hanya memenuhi keperluan harian sahaja, sebab itu kalau kekurangan teruk kena ambik lebih, untuk menampung kekurangan yang lama.

Kenyataan yang biasa kita dengar " ialah orang mati kerana kekurangan zat, bukan kerana terlebih zat." 

Tetapi saya hanya mewakili vitamin jenama shaklee sahaja ye, kerana komitmen syarikat tentang 100% semulajadi dan penyerapan yang cepat iaitu dalam masa 30 minit segala nutrien yang tertera dilabel telah berada didalam darah bersedia untuk diserap, hasil keputusan ujian klinikal, The Shaklee Difference.

Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 921401 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN

Blog <b>Makanan di Perak</b>: Railway Tourism - Pesta Makanan <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 01:07 AM PST

Assalamualaikum :) 

  Pada hari kedua di Perak , kami dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 (PMTL) . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Lenggong. Untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini dirasmikan oleh YB Dato Mohamed Nazri iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan. PMTL ini adalah salah satu acara tahunan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan khasnya dan negeri Perak khususnya . Acara ini bakal menyajikan pelbagai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana tempat di Malaysia ini. Makanan special bagi kami pada waktu tu ialah sambal kelapa limau , memang terbaik rasanya dan siap bungkus bawa balik lagi sambal kelapa tu . PMTL juga merupakan wadah bagi mempromosikan budaya warisan Melayu khususnya dalam penyediaan makanan tradisional tempatan yang unik dan asli kepada pelancong dalam dan luar negara. Salah satu acara menarik sempat kami lihat adalah acara demonstrasi memasak nasi dalam buluh dan pertandingan tumbuk sambal belacan. Ini menunjukkan kehebatan wanita Melayu Lenggong yang arif dalam penyediaan masakan tradisional Melayu. Harapan untuk PMTL adalah dapat generasi ke generasi membentuk sebahagian daripada budaya masyarakat yang perlu dikekal dan dikongsi bersama agar tidak luput ditelan masa. 

Antara makanan yang dihidangkan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 : 






.

Sambal kelapa yang ramai orang suka.


Tamatnya perasmian PMTL ini , kami mengunjungi booth booth yang ada di situ .. Akhir kata , PMTL ini sangat best kerana makanan nya sangat lah superb dan berasap !! Orang Perak punya makanan kan .. :)

Dah singgah blog saya rajin la comment! Smile! :D


No comments:

Post a Comment