Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (result) | SDN | Perak Darul ... - Blog Makanan di Perak

Liga Super 2014 | Sarawak vs <b>Perak</b> (result) | SDN | <b>Perak</b> Darul <b>...</b> - Blog Makanan di Perak


Liga Super 2014 | Sarawak vs <b>Perak</b> (result) | SDN | <b>Perak</b> Darul <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2014 07:24 AM PST

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 15 Februari 2014
Stadium Negeri, Kuching
8:45 Malam

Prestasi yang sama ketika tewas di Selayang kepada ATM dalam perlawanan ' away ' lalu. Adakah 'badi away' menghantui Perak? Buktinya, 3 perlawanan 'away' Perak gagal meraih sebarang mata. Apa masalah sebenarnya?

Perak dihukum seawal minit ke 8 menerusi sepakan percuma menarik yang gagal dikeluarkan oleh Penjaga Gol Perak yang dilihat agak menurun prestasi beliau berbanding perlawanan lalu. Selepas itu Perak menghiasi babak pertama dengan kegagalan menguasai bahagian tengah apabila Sarawak mempamerkan corak permainan yang agak kasar.

Kegagalan mengimbangi bahagian tengah adalah dilihat sebagai punca utama yang menyaksikan Nasir Basharuddin, Sukri Hamid dan Nor Hazrul Mustafa agak suram dan kurang agresif untuk menandingi pihak lawab yang lebih pantas dan bijak menghadapi keadaan.

Seperkara lagi, perlawanan malam tadi dihiasi dengan warna warni kad yang dilayangkan. 9 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan pengadil.

Sarawak yang bermain 10 orang bermula minit ke 72 dilihat agak tertekan dengan asakan bertali arus barisan serangan Perak. Itu pun hanya di babak kedua yang menyaksikan Perak mula mendapat rentak selepas Nazri Kamal dimasukkan.  Namun begitu, tindakan Abu Bakar Fadzim memasukkan Mohd Hidayat dan Zelimer Terkes dilihat tidak berbaloi dikala Perak amat memerlukan jaringan. Mereka dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak hinggalah ke akhir permainan.

Sesuatu harus dilakukan oleh barisan kejurulatihan Perak. Nasihat dan motivasi perlu diberikan kepada pemain – pemain yang rata-rata adalah pemain muda yang dilihat agak gugup ketika bertandang ke laman lawan. 3 perlawanan sudah cukup untuk mengatakan bahawa Perak masih ada perkara perlu ditambah baik.

Kemahiran individu tidak dipertikaikan malah strategi juga boleh dikatakan setaraf dengan pasukan lain, cuma ketahanan mental perlu diberi ' rawatan' segera kerana Perak dibarisi pemain-pemain muda yang kurang pengalaman. Disinilah pentingnya peranan pemain senior yang mungkin boleh bertindak sebagai mentor kepada pemain muda.

Likes(8)Dislikes(0)

.

No comments:

Post a Comment