Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Perak |
- Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> <b>...</b>
- dikhuatiri menganiayai peniaga <b>makanan di</b> R&R Sungai <b>Perak</b>
- kari kepala ikan enak restoran zk <b>di</b> jalan kg <b>...</b> - Bersama Mazidul
- Omak Kau!!!!: RESTORAN NASI KANDAR NASI GANJA <b>IPOH DI</b> <b>...</b>
Nizam.Ariff: <b>Makanan</b> sedap-sedap <b>di</b> Taman Kanak Kanak <b>di Ipoh</b> <b>...</b> Posted: 08 Dec 2013 06:43 PM PST . Hampir 20 tahun aku tak ke situ. Dulu aku ke situ bukan nak bermain jongkang-jongkit dengan kawan-kawan. Jauh sekali nak bermain buaian. Atau belanja makan aweks...ye lah, perut sendiri pun payah nak merasa makanan, inikan pula perut orang lain. Kenapa aku ke situ semula? Kerana ada makanan-makanan yang berikut dan harganya pula amat berpatutan...
Selusuri jejak lama...pada kali ini aku bawa anak isteri, menu-menu di atas yang biasa aku makan dahulu. Tapi dulu aku taklah makan sekaligus begitu. Dulu, bajet makan lebih kurang sama dengan bajet minyak motor dan snooker. Nota: Salah seorang brader yang berjual di situ kata nanti ada renovation di taman kanak-kanak itu. Semoga tempat itu menjadi lebih baik. . | ||||||||||
dikhuatiri menganiayai peniaga <b>makanan di</b> R&R Sungai <b>Perak</b> Posted: 19 Aug 2013 07:48 PM PDT Beberapa pengusaha makanan di kawasan Rehat dan Rawat (R & R) Sungai Perak gusar kerana sumber pendapatan mereka terjejas setelah mereka diarahkan untuk menutup premis perniagaan masing-masing atas alasan melanggar beberapa syarat yang ditetapkan.Seorang peniaga, Noor Aziah Yaakub, 40, berkata, mereka pernah membuat rayuan bagi melanjutkan perjanjian pengendalian gerai di kawasan rehat dan rawat itu. "Tetapi kami hairan kenapa kami masih lagi diarahkan untuk tutup sedangkan kami juga ada mendapat surat yang membenarkan kami berniaga lagi tiga bulan di sini," katanya. Noor Aziah berkata, dia juga hairan apabila barang perniagaannya dipindahkan ke luar kedai sedangkan dia tidak pernah menyuruh pekerjanya mengeluarkan barang tersebut. Menurutnya, dia pelik apabila melihat barangan untuk berniaga terletak di luar kedai apabila tiba di sana. "Saya tak tahu siapa yang mengeluarkan barangan berkenaan dan sedih apabila pekerja berulang kali menghubungi bertanyakan pekerjaan mereka," katanya. Dalam pada itu, seorang peniaga, Kamil Karim, 45, berkata, dia sedia mempertimbangkan untuk membawa perkara berkenaan ke mahkamah jika tiada penyelesaian terbaik dicapai. Jelasnya, isterinya sudah 21 tahun berniaga di kawasan rehat berkenaan dan tidak pernah gagal membayar sewa. "Jadi saya pelik kenapa premis isteri saya diarahkan tutup. Kalau betul pun nak tutup, berilah masa lama sikit untuk kami kemas barang, bukannya notis singkat seperti ini," katanya. Nasib yang sama juga menimpa seorang peniaga Rodziah Abd Rani, 40, dan dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Sinar Harian difahamkan, peniaga yang diarah menutup premis mereka kerana didapati gagal mematuhi prosedur pembayaran fi serta lain-lain caj yang dikenakan, gagal mematuhi syarat tempoh masa berada di gerai, gagal memastikan kehadiran dan melibatkan diri semasa aktiviti pembersihan menyeluruh. -Sinar Harian | ||||||||||
kari kepala ikan enak restoran zk <b>di</b> jalan kg <b>...</b> - Bersama Mazidul Posted: 28 Jan 2014 05:55 PM PST Kari kepala ikan sudah terlalu sinonim dengan Restoran ZK, terletak di 76, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. Premis ini juga lebih dikenali sebagai 'Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Attap' di kalangan ribuan pelanggan tetap. "Tatkala berusia 12 tahun, saya mula bekerja di restoran di Ipoh, Perak, membantu menghantar makanan kepada pelanggan. Di situ juga saya melihat dan mula mengkaji bagaimana cara memasak kari kepala ikan enak. Sepuluh tahun kemudian saya berhijrah ke Cheras, Kuala Lumpur, menyewa tapak perniagaan di restoran Cina dengan kadar RM5 sehari," ujar pemilik Restoran ZK, Haji Zabarullah Khan Kader Mydin, 64 tahun. Saya dapati, beliau, insan begitu merendah diri ketika berbicara.
"Apakah rahsia di sebalik kari kepala ikan sedap disediakan?," soal saya kepada ayah tiga anak itu. "Kepala ikan harus segar. Bagi memastikan kesegaran setiap kepala ikan, kira-kira jam 8 pagi, saya sendiri pergi ke pasar untuk memilih hanya kepala ikan jenahak dan merah terbaik dihidangkan kepada pelanggan. Saya kongsikan satu petua bersama Mazidul. Kalau hendak membeli kepala ikan merah, pastikan tiada jalur kuning di bawah mata ikan itu. Jika ada, daging kepala, liat," jelas beliau. Saya diundang oleh Zabarullah tatkala beliau membeli kepala ikan di Pasar Seksyen 6, Shah Alam, Selangor. "Selain daripada Pasar Seksyen 6, bekalan ikan juga dihantar oleh peniaga Pasar Pudu, Pasar Klang dan Pelabuhan Klang. Lazimnya kepala ikan saya beli berharga di antara RM20 dan RM30 setiap satu. Berat keseluruhan ikan harus lebih daripada 3 kilogram, jadi kepala tidak akan mudah hancur tatkala dimasak. itu antara petua berguna," tambah Zabarullah. Zabarullah berbeza berbanding ramai pemilik restoran lain. Beliau memasak sendiri kari kepala ikan direstorannya. "Memasak kari kepala ikan, hobi saya. Bukan sukar kerana semua bahan telah disediakan oleh pekerja. Kacang bendi, tauhu kering dan tomato antara bahan saya gunakan. Lendir bendi berfungsi memekatkan lagi kuah kari manakala tauhu kering pula menyerap lebihan minyak di dalam kuah. Apapun, hirisan bawang besar ditumis sehingga naik bau, curahkan kuah kari dan tunggu sehingga menggelegak sebelum kepala ikan dimasukkan satu persatu ke dalam periuk," terang datuk kepada lima cucu terbabit. Restoran ZK beroperasi seawal jam 6.30 pagi, menghidangkan sarapan. Jam 10 pagi, restoran ditutup buat sementara waktu untuk pekerja membersihkan lantai premis terbabit. "Selain kualiti makanan, aspek kebersihan sentiasa diberikan perhatian khusus demi menjamin keselesaan semua pelanggan. Tepat jam 11 pagi, kari kepala ikan mula dijual," ujar Zabarullah. Purata, 500 pelangggan berkunjung ke restoran ini setiap hari. Restoran ZK beroperasi sehingga jam 4 petang setiap hari dan ditutup pada hari Ahad. "Kami semua bertugas di Sudan. Akibat pergolakan dan pertelingkahan dua etnik utama di sana, majikan mengarahkan kami pulang ke tanahair buat sementara waktu. Saya dan rakan teringin untuk makan kari kepala ikan. Restoran ZK menjadi pilihan kami kerana layanan mesra dan kari kepala ikan amat sedap dan menepati citarasa semua," ujar Azizi Abdul Ghani. "Kari kepala ikan di sini dimasak tanpa santan dan boleh dimakan segar dalam tempoh 24 jam. Harga kepala ikan di antara RM15 dan RM90, boleh dimakan di antara dua dan 7 orang, mengikut saiz. Sebilangan pelanggan saya, membawa pulang juadah ini ke Sabah, Sarawak, Singapura dan London, United Kingdom. Kari kepala ikan dimuatkan di dalam bekas plastik dan beg kertas. Alhamdulillah, ramai juga golongan kenamaan makan di restoran ini," kata Zabarullah. Anak bongsu Zabarullah, Badrulzaman, 23 tahun, biarpun sibuk bertugas sebagai juruterbang, tetap ringan tulang pada waktu terluang, melayan pelanggan bertali arus berkunjung untuk menjamu selera. "Setelah lebih 20 tahun meraih rezeki di sini, saya berharap Badrul akan menjadi pewaris perniagaan kari kepala ikan. Sebagai taukeh, kita umpama tiang utama bangunan. Tanpa tiang itu bangunan bakal runtuh. Justeru saya sentiasa cuba berada di restoran ini untuk melayan pelanggan. Pelanggan datang dari jauh dan dekat, membawa wang bersama mereka, membayar bil dan menguntungkan syarikat. Oleh itu setiap pelanggan seharusnya diberikan perhatian istimewa," jelas peniaga bersifat merendah diri itu lagi. Ketika itu Zabarullah sibuk menuangkan madu asli ke dalam kuah tambahan hidangan ayam madu, antara juadah utama di Restoran ZK, selain daripada kari kepala ikan. "Saya membeli stok madu asli dari pembekal di Pahang. Jadi ayam madu tidak dicampur gula untuk menjaga kesihatan pelanggan," tambah beliau. Sehari selepas kisah Restoran ZK dipaparkan di Majalan 3, siaran 20 Januari 2014, ribuan pelanggan menyerbu premis itu. Andai ingin membuat pesanan awal kari kepala ikan sebelum berkunjung ke Restoran ZK, sila hubungi 03 2773 9786.
| ||||||||||
Omak Kau!!!!: RESTORAN NASI KANDAR NASI GANJA <b>IPOH DI</b> <b>...</b> Posted: 14 Nov 2013 04:16 AM PST |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Oohh....cerita aku ada di sini.
ReplyDeleteAku tak tahu pula...