Harga <b>Makanan Di</b> Bazar Ramadhan Masih Berpatutan – <b>Perak</b> Today - Blog Makanan di Perak |
Harga <b>Makanan Di</b> Bazar Ramadhan Masih Berpatutan – <b>Perak</b> Today Posted: 12 Jul 2013 10:19 PM PDT Bazar Ramadhan sering menjadi pilihan umat Islam membeli juadah berbuka puasa kerana menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual pada harga berpatutan. Tidak terkecuali, bazar Ramadhan Batu 8, dekat Tanjung Rambutan yang turut menjadi pilihan umat Islam di kawasan sekitarnya membeli juadah enak berbuka puasa, iaitu bermula seawal jam 4 petang lagi. Tinjauan Peraktoday.com mendapati kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan harga makanan dan minuman yang dijual peniaga di situ. Salah seorang pengunjung, Syarifah Syazana Syed Nasir, 22, berkata peniaga bazar Ramadhan itu menjual makanan dan minuman pada harga yang masih berpatutan. ""Alhamdullilah kerana harga yang ditawarkan peniaga masih lagi berpatutan…..tiada kenaikan kerana harga masih sama seperti tahun yang lalu," katanya. Menyentuh kemudahan yang disediakan, Syazana berkata, kawasan bazar yang luas memudahkan urusan jual-beli dan lokasinya yang terletak berdekatan taman perumahan menyebabkan ia menjadi pilihan untuk dikunjungi orang ramai. Mohd Hazri Hussin, 33, pula berkata: "Lokasi bazar memang sesuai dan kawasan tempat letak kereta yang disediakan begitu memudahkan pengunjung datang membeli juadah berbuka puasa di sini,". Tambahnya, selain pelbagai pilihan makanan, harga yang ditawarkan juga masih berpatutan. "Saya dapati harga makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadhan Batu 8 ini masih berpatutan," katanya yang sering membeli juadah makanan tradisional apabila berkunjung ke bazar berkenaan. |
Peniaga pasar malam dikompaun – <b>Perak</b> Today Posted: 07 Mar 2014 02:30 AM PST KUALA TERENGGANU – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa tempatan kepada peniaga pasar malam Taman Purnama, Kuala Ibai, di sini kelmarin kerana melakukan pelbagai kesalahan. Kompaun oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu kerana tidak mempunyai kad kesihatan, tiada lesen menjaja, tidak memakai apron, tidak menutup kepala dan melanggar syarat-syarat lesen. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, kompaun itu sebagai peringatan kepada peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang. Menurutnya, kerajaan akan bertindak tegas terhadap mereka yang ingkar kepada syarat dan peraturan kebersihan ditetapkan, serta menarik balik lesen perniagaan mana-mana peniaga yang didapati masih mengulangi kesalahan sama. "Peniaga perlu menjual makanan selepas empat jam dimasak dan makanan itu perlulah ditutup supaya tidak tercemar dan perlu mempamerkan lesen serta kad kesihatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian semasa membuat tinjauan di pasar malam Taman Purnama di Kuala Ibai, di sini, petang kelmarin. Muhammad Pahemi berkata, kempen dan pemantauan berterusan akan dijalankan oleh JKNT dan MBKT di 22 pasar malam sekitar Kuala Terengganu sehingga pihaknya berpuas hati terhadap tahap kebersihan peniaga. "Pemantauan dan kempen ini dilakukan susulan kejadian keracunan makanan yang dipercayai menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun selepas makan makanan yang dibeli dari pasar malam. "Pemantauan akan dijalankan sehingga kita berpuas hati dengan tahap kebersihan makanan di pasar malam," katanya. Selain pasar malam Taman Purnama Kuala Ibai, pemantauan dan kempen kesedaran sama turut dijalankan di pasar malam Seberang Takir, di Wakaf Tengah dan di pasar malam Serdang Baru. Sinar Harian Isnin lalu melaporkan, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun, Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HSNZ selepas mengalami cirit birit, dipercayai akibat memakan juadah yang dibeli di pasar malam. -Sinar harian |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment