Search This Blog

Sunday, March 23, 2014

MENCARI KONKLUSI - Blog Makanan di Perak - Blogger - Blog Makanan di Perak

MENCARI KONKLUSI - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger - Blog Makanan di Perak


MENCARI KONKLUSI - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger

Posted: 10 Feb 2014 01:29 AM PST

Cuba bayangkan ..

Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP.

Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini.

Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri.. 

pesta makanan lenggong

Rombongan kami disambut dengan kompang

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi. 

 pesta makanan lenggong

Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*

yang topi oren ni semua orang kampung teman

kosmo

akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini


kisah tatie

urmmmm


lenggong

Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!

kisah tatie

Nak try??


putu mayam

Bahan-bahan nak buat Putu Mayam


yong tau foo

yong tau foo

yong tau foo

sedapnya

kisah tatie

dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura

kisah tatie

urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. 

makanan pun dah habis

kisah tatie

Gulai Kemahang

rendang

Rendang Daging Hitam

 daging salai

Gulai Lemak Pisang & Daging Salai

kisah tatie

Ikan Pekasam Goreng

resepi kebebe

Resepi Kebebe

kebebe

kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap

kebebe

okay sumpah sedap. nak lagi please?

masak bersamah nasi ulam

Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam

nasi daun lerek

Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . 

dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana..

"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"


kisah tatie

VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada

Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!

kukur kelapa

eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa

 pertandingan memasak

dalam khemah sama, tapi berbeza waktu

tumbuk sambalamboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal


tumbuk sambal

 masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!

kisah tatie

food presentation

paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami 

Nyum, Nyum, Onomnomnomnom

kisah tatie

makcik-makcik kampung yang peramah

kisah tatie

orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak 

kisah tatie

suasana hangat

kisah tatie

makanan dah sedia dihidangkan

masak lemak siput

Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori

ikan panggang

Ikan Panggang

kisah tatie

Masak Keladi

ikan pais

Ikan Pais

kisah tatie

sambal tempoyak dan sambal belacan

and ... and .. and

kisah tatie

kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
 durian, cempedak dan duku langsat

kisah tatie

best!!!

Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.

kisah tatie

teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis


 kisah tatie

Majlis Perasmian

pdrm malaysia

Orang ramai tak putus-putus datang..

Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P

Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya

~bersambung~

Railway Tourism - Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014

Posted: 11 Feb 2014 01:07 AM PST

Assalamualaikum :) 

  Pada hari kedua di Perak , kami dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 (PMTL) . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Lenggong. Untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini dirasmikan oleh YB Dato Mohamed Nazri iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan. PMTL ini adalah salah satu acara tahunan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan khasnya dan negeri Perak khususnya . Acara ini bakal menyajikan pelbagai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana tempat di Malaysia ini. Makanan special bagi kami pada waktu tu ialah sambal kelapa limau , memang terbaik rasanya dan siap bungkus bawa balik lagi sambal kelapa tu . PMTL juga merupakan wadah bagi mempromosikan budaya warisan Melayu khususnya dalam penyediaan makanan tradisional tempatan yang unik dan asli kepada pelancong dalam dan luar negara. Salah satu acara menarik sempat kami lihat adalah acara demonstrasi memasak nasi dalam buluh dan pertandingan tumbuk sambal belacan. Ini menunjukkan kehebatan wanita Melayu Lenggong yang arif dalam penyediaan masakan tradisional Melayu. Harapan untuk PMTL adalah dapat generasi ke generasi membentuk sebahagian daripada budaya masyarakat yang perlu dikekal dan dikongsi bersama agar tidak luput ditelan masa. 

Antara makanan yang dihidangkan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 : 






.

Sambal kelapa yang ramai orang suka.


Tamatnya perasmian PMTL ini , kami mengunjungi booth booth yang ada di situ .. Akhir kata , PMTL ini sangat best kerana makanan nya sangat lah superb dan berasap !! Orang Perak punya makanan kan .. :)

Dah singgah blog saya rajin la comment! Smile! :D


No comments:

Post a Comment