Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blog Makanan di Perak |
- Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b>
- Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b>
- MENCARI KONKLUSI - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger
- Railway Tourism - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger
- Val-de-ri-Val-de-ra: KL-<b>Perak</b>-Pahang - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b>
Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> Posted: 25 Mar 2014 01:37 AM PDT Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca fuh.my. Hari ini admin nak ceritakan sambungan tentang entri yang lepas dimana admin dan rakan rakan blogger dan media dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki ETS (Electric Train Service) dari KL Sentral ke Ipoh, Perak sempena Pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014Pada hari kedua admin di Ipoh, kami dijemput ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ini menyajikan lebih daripada 50 jenis masakan yang tediri daripada kuih muih dan pelbagai lagi. Pesta ini juga sekali lagi dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Antara lauk pauk yang disediakan untuk kami semua, sangat sedap. Nampak macam biasa tapi sebenarnya luar biasa sebab rempah ratus yang digunakan. Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti. Setahu admin pesta ini merupakan acara tahunan bermula tahun 2010 yang diadakan oleh Masyarakat Parlimen Lenggong yang diketuai oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah – Ahli Parlimen Lenggong. Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak. Pada sebelah petang, kami dibawa oleh penduduk kampung beng untuk mandi air terjun, sangat sangat teruja. Perjalanan dalam 15 minit je dah sampai. Tempat yang sangat bersih dan sesuai untuk mandi manda. Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisi Kampung Beng, sangat sedap sampai menjilat jari, tambah pula dengan adanya sesi karoke di antara penduduk kampung, bloggers dan media, sangat meriah pada malam itu. Tamat sudah untuk hari ini, tunggu entri berikutnya untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang Victoria Bridge yang sangat seronok. Apa apa pun makanan yang disediakan pada hari kedua kami di Ipoh dan Kampung Beng sangat sedap. Nak tahu apa aktiviti kami pada hari ketiga ? Sama sama kita tunggu. Kepada sesiapa yang terlepas entri yang pertama, sila tekan sini Incoming search terms:The following two tabs change content below. Commentscomments | ||||||||||||||
Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> Posted: 24 Mar 2014 01:20 AM PDT http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar | ||||||||||||||
MENCARI KONKLUSI - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 23 Mar 2014 01:28 AM PDT Cuba bayangkan .. Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP. Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini. Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri..
Rombongan kami disambut dengan kompang Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi.
Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*
yang topi oren ni semua orang kampung teman
akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini
urmmmm
Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!
Nak try??
Bahan-bahan nak buat Putu Mayam
yong tau foo
sedapnya
dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura
urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. makanan pun dah habis
Gulai Kemahang
Rendang Daging Hitam
Gulai Lemak Pisang & Daging Salai
Ikan Pekasam Goreng
Resepi Kebebe
kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap
okay sumpah sedap. nak lagi please?
Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam
Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana.. "Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"
VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!
eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa
dalam khemah sama, tapi berbeza waktu amboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal
masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!
food presentation paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami Nyum, Nyum, Onomnomnomnom
makcik-makcik kampung yang peramah
orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak
suasana hangat
makanan dah sedia dihidangkan
Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori
Ikan Panggang
Masak Keladi
Ikan Pais
sambal tempoyak dan sambal belacan and ... and .. and
kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
best!!! Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.
teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis
Majlis Perasmian
Orang ramai tak putus-putus datang.. Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya ~bersambung~ | ||||||||||||||
Railway Tourism - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 24 Mar 2014 01:36 AM PDT Assalamualaikum :) Pada hari kedua di Perak , kami dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 (PMTL) . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Lenggong. Untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini dirasmikan oleh YB Dato Mohamed Nazri iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan. PMTL ini adalah salah satu acara tahunan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan khasnya dan negeri Perak khususnya . Acara ini bakal menyajikan pelbagai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana tempat di Malaysia ini. Makanan special bagi kami pada waktu tu ialah sambal kelapa limau , memang terbaik rasanya dan siap bungkus bawa balik lagi sambal kelapa tu . PMTL juga merupakan wadah bagi mempromosikan budaya warisan Melayu khususnya dalam penyediaan makanan tradisional tempatan yang unik dan asli kepada pelancong dalam dan luar negara. Salah satu acara menarik sempat kami lihat adalah acara demonstrasi memasak nasi dalam buluh dan pertandingan tumbuk sambal belacan. Ini menunjukkan kehebatan wanita Melayu Lenggong yang arif dalam penyediaan masakan tradisional Melayu. Harapan untuk PMTL adalah dapat generasi ke generasi membentuk sebahagian daripada budaya masyarakat yang perlu dikekal dan dikongsi bersama agar tidak luput ditelan masa.Antara makanan yang dihidangkan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 :
Tamatnya perasmian PMTL ini , kami mengunjungi booth booth yang ada di situ .. Akhir kata , PMTL ini sangat best kerana makanan nya sangat lah superb dan berasap !! Orang Perak punya makanan kan .. :) Dah singgah blog saya rajin la comment! Smile! :D | ||||||||||||||
Val-de-ri-Val-de-ra: KL-<b>Perak</b>-Pahang - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> Posted: 23 Mar 2014 01:16 AM PDT The first part of our travelling mission was from KL to Perak. We took the ETS train from KL Sentral to Batu Gajah, Perak. *Something new for us. Electronic train that need to be charged :D It took us about 2 hours and 15 minutes to reach our destination. Oh hey, let me introduce you my partner along this trip: Caroline. A Chinese girl from Sibu district, Sarawak. We are of the same class, undertaking the B. Ed TESL ;)
We stayed at our friend's house, Wawa during the visit to Perak. She is a Malay girl from Batu Gajah, Perak. Thanks for the great treatment and hospitality! ^___^ The next morning, we went to Cameron Highlands as early as possible since it was holiday, Deepavali celebration and thanks that we did not stuck anywhere.. Hehe Why I mentioned Pahang in the title as above? Cameron Highlands is in Pahang state aite aite. Haha
We also went to places like cactus garden *sound cliche aite.. haha and I bought few cactuses that is varied in colors. *Blame the stunning bright colours! Another thing that attracted me was the building around Cameron Highlands. They built it with traditional European look which gave the whole environment pretty much of European air too. Hahaha. I would love to be back again here, soon! ^__^ The last point before we leave the hill was a market *aisssshh i really forgot the nammmeee >< where they sell almost everything about Cameron Highlands. From tea to car accessories, and mostly was strawberry-based. Super cute u know! Hahahaha.. I managed to bring back teas in different flavour, fridge magnet and pickled strawberry as well. Thanks to our guide, and our driver as well Cik Wawa that accompanied us along the visit to Cameron Highlandsss.. :) THE END of the first part.
P/S: I am a Dusun girl from Menggatal, Sabah. And if you realise what I'm trying to convey here. Hehehe. One-Malaysia =D |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment