Search This Blog

Monday, March 17, 2014

PULAK DAH! - Pesawat MH370 Dikesan Di Pulau Perak Pulak (5 ... - Blog Makanan di Perak

PULAK DAH! - Pesawat MH370 Dikesan Di Pulau <b>Perak</b> Pulak (5 <b>...</b> - Blog Makanan di Perak


PULAK DAH! - Pesawat MH370 Dikesan Di Pulau <b>Perak</b> Pulak (5 <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 09:27 AM PDT

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini pastinyer korang ada dengar berita yang agak tidak logik akan kapal terbang MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur berpatah balik. Dan alangkah pelik nyer pulak apabila pihak penyelamat dan pencarian membuat carian di Selat Melaka. Kenapa pulak mencari pada bahagian lain di Malaysia?

Adalah sebenarnya pesawat MH370 ini dikatakan dikesan di Pulau Perak oleh sebuah pengkalan udara. Setelah laporan mengenai kedudukan Pesawat MH370 dikatakan berjaya di kesan oleh pihak Pasukan Penyelamat Filipina dinafikan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, ia berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Turut menerima isyarat pesawat berkenaan berpatah balik sebelum dilaporkan tiba-tiba terbang dengan ketinggian paras 1,000 meter dari kedudukan asalnya 10,000 meter, adalah Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura.

Berikutan maklumat itu, operasi SAR yang pada mulanya dijalankan di kawasan terakhir pesawat dikesan berhampiran sempadan perairan antarabangsa Malaysia-Vietnam, diperluaskan ke Selat Melaka yang turut meliputi perairan Sumatera dan Laut Andaman.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) pada sidang media berhubung lokasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama KLIA, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Markas Operasi Udara, Mejar Jeneral Datuk Affendi Buang (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Rodzali, dikatakan telah sahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan dari pesawat MH370 yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.

Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk," katanya beliau.


Pesawat MH370 dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyarat pesawat itu kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan Malaysia.

Perkara ini juga disokong apabila laporan polis dibuat oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah berbanding biasa di Kota Bharu, Kelantan.

Pihak ATM dan Tentera Nasional Indonesia dengan dibantu pasukan keselamatan yang terbabit dalam SAR, menjalankan gerakan mengesan pesawat berkenaan di perairan Selat Melaka. - Berita Harian

TAOTAUAJER : Apakah benar pesawat tersebut berpatah balik? yang menjadi persoalan kenapa pulak ia berpatah balik dan tidak berpatah balik ke Kuala Lumpur? sudah masuk hari ke-4 langsung tiada tanda-tanda kesan pesawat ini. Dimana kah mereka? Ya Allah , semoga cepatlah perkara ini selesai dan supaya mereka semua dalam keadaan selamat..Aminn.. - Koleksi TRAGEDI MH370

No comments:

Post a Comment