Search This Blog

Monday, March 17, 2014

MENCARI KONKLUSI - Blog Makanan di Perak - Blogger - Blog Makanan di Perak

MENCARI KONKLUSI - Blog <b>Makanan di Perak</b> - Blogger - Blog Makanan di Perak


MENCARI KONKLUSI - Blog <b>Makanan di Perak</b> - Blogger

Posted: 27 Feb 2014 01:35 AM PST

Cuba bayangkan ..

Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP.

Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini.

Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri.. 

pesta makanan lenggong

Rombongan kami disambut dengan kompang

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi. 

 pesta makanan lenggong

Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*

yang topi oren ni semua orang kampung teman

kosmo

akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini


kisah tatie

urmmmm


lenggong

Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!

kisah tatie

Nak try??


putu mayam

Bahan-bahan nak buat Putu Mayam


yong tau foo

yong tau foo

yong tau foo

sedapnya

kisah tatie

dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura

kisah tatie

urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. 

makanan pun dah habis

kisah tatie

Gulai Kemahang

rendang

Rendang Daging Hitam

 daging salai

Gulai Lemak Pisang & Daging Salai

kisah tatie

Ikan Pekasam Goreng

resepi kebebe

Resepi Kebebe

kebebe

kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap

kebebe

okay sumpah sedap. nak lagi please?

masak bersamah nasi ulam

Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam

nasi daun lerek

Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . 

dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana..

"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"


kisah tatie

VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada

Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!

kukur kelapa

eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa

 pertandingan memasak

dalam khemah sama, tapi berbeza waktu

tumbuk sambalamboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal


tumbuk sambal

 masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!

kisah tatie

food presentation

paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami 

Nyum, Nyum, Onomnomnomnom

kisah tatie

makcik-makcik kampung yang peramah

kisah tatie

orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak 

kisah tatie

suasana hangat

kisah tatie

makanan dah sedia dihidangkan

masak lemak siput

Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori

ikan panggang

Ikan Panggang

kisah tatie

Masak Keladi

ikan pais

Ikan Pais

kisah tatie

sambal tempoyak dan sambal belacan

and ... and .. and

kisah tatie

kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
 durian, cempedak dan duku langsat

kisah tatie

best!!!

Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.

kisah tatie

teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis


 kisah tatie

Majlis Perasmian

pdrm malaysia

Orang ramai tak putus-putus datang..

Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P

Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya

~bersambung~

Blog <b>Makanan di Perak</b>: Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (result <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2014 01:56 AM PST

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 15 Februari 2014
Stadium Negeri, Kuching
8:45 Malam

Prestasi yang sama ketika tewas di Selayang kepada ATM dalam perlawanan ' away ' lalu. Adakah 'badi away' menghantui Perak? Buktinya, 3 perlawanan 'away' Perak gagal meraih sebarang mata. Apa masalah sebenarnya?

Perak dihukum seawal minit ke 8 menerusi sepakan percuma menarik yang gagal dikeluarkan oleh Penjaga Gol Perak yang dilihat agak menurun prestasi beliau berbanding perlawanan lalu. Selepas itu Perak menghiasi babak pertama dengan kegagalan menguasai bahagian tengah apabila Sarawak mempamerkan corak permainan yang agak kasar.

Kegagalan mengimbangi bahagian tengah adalah dilihat sebagai punca utama yang menyaksikan Nasir Basharuddin, Sukri Hamid dan Nor Hazrul Mustafa agak suram dan kurang agresif untuk menandingi pihak lawab yang lebih pantas dan bijak menghadapi keadaan.

Seperkara lagi, perlawanan malam tadi dihiasi dengan warna warni kad yang dilayangkan. 9 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan pengadil.

Sarawak yang bermain 10 orang bermula minit ke 72 dilihat agak tertekan dengan asakan bertali arus barisan serangan Perak. Itu pun hanya di babak kedua yang menyaksikan Perak mula mendapat rentak selepas Nazri Kamal dimasukkan.  Namun begitu, tindakan Abu Bakar Fadzim memasukkan Mohd Hidayat dan Zelimer Terkes dilihat tidak berbaloi dikala Perak amat memerlukan jaringan. Mereka dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak hinggalah ke akhir permainan.

Sesuatu harus dilakukan oleh barisan kejurulatihan Perak. Nasihat dan motivasi perlu diberikan kepada pemain – pemain yang rata-rata adalah pemain muda yang dilihat agak gugup ketika bertandang ke laman lawan. 3 perlawanan sudah cukup untuk mengatakan bahawa Perak masih ada perkara perlu ditambah baik.

Kemahiran individu tidak dipertikaikan malah strategi juga boleh dikatakan setaraf dengan pasukan lain, cuma ketahanan mental perlu diberi ' rawatan' segera kerana Perak dibarisi pemain-pemain muda yang kurang pengalaman. Disinilah pentingnya peranan pemain senior yang mungkin boleh bertindak sebagai mentor kepada pemain muda.

Likes(8)Dislikes(0)

.

KRONOLOGI SERBUAN JAIP <b>DI</b> IJOK <b>PERAK</b> - We Care For Ummah

Posted: 09 Mar 2014 10:02 PM PDT

Jam 9.30 Malam 8 Mac 2014
Majlis Sambutan Maulid Sayyidah Zaynab (a.s) bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan dendangan nasyid



Jam 10.15 Malam
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyerbu dan mengepung tempat berkenaan ketika majlis berjalan

12.30 Malam 
Para wanita dan kanak-kanak kecil yang belum menjamah makanan di angkut ke IPD selama dengan menggunakan bantuan trak polis 

1.30 Malam
Lelaki dan warga tua diangkut ke IPD dengan Trak polis sejauh 40 km

2.15 Pagi
Mangsa yang ditangkap diambil keterangan maklumat di IPD (tanpa kehadiran pegawai JAIP untuk menjelaskan keadaan)

2.30 Pagi
Mangsa yang ditahan menunggu di bilik soal siasat selama hampir sejam hingga ke dua jam dan dijamu dengan roti 

kering dan air mineral oleh pihak Polis, pihak berkuasa polis memberi layanan yang semampu yang mungkin ekoran mereka dikerah untuk melakukan tugas dalam keadaan tidak mengetahui keadaan sebenar (tanpa kehadiran pegawai JAIP)

3.30 Pagi
Mangsa lelaki, wanita dan anak kecil seawal usia 4 bulan serta warga tua dibawa kesel lokap masing-masing, dengan budi bicara pihak polis seorang wanita terpaksa dibawa kehospital kerana mengalami masalah kesihatan (tanpa kehadiran pegawai JAIP)

4.00 Pagi
Pihak polis yang bertimbangrasa dan prihatin mengumpul wang untuk membeli makanan roti canai dan buah pisang untuk diberikan kepada mangsa yang masih dalam kelaparan dalam sel (tanpa kehadiran pegawai JAIP)

4.30 Pagi
Pegawai tinggi polis IPD Selama melawat dan menanyakan khabar mangsa di sel (tanpa kehadiran pegawai JAIP)

9.30 Pagi
Mangsa diberi makanan nasi goreng dan air Tea O panas untuk sarapan (masih belum ada kelibat Penguatkuasa JAIP)

12.30 Tengah hari 
Mangsa wanita dan kanak-kanak dilepaskan dengan ikat jamin mangsa yang lain oleh penguatkuasa JAIP dan diberi notis untuk menghadirkan diri ke mahkamah syariah

1.30 Tengah hari 
Mangsa lelaki juga dilepaskan dengan ikat jamin sesama sendiri dan diminta hadir ke mahkamah syariah 

2.30 tengah hari
Dengan keprihatinan pihak polis IPD selama menghantar mereka pulang ke tempat yang diserbu semalam dengan menaiki trak polis, kesemua mereka yang tertangkap berterima kasih dengan layanan baik pihak polis terhadap mereka dari semalam.


Berikut adalah kronologi operasi serbuan dan tangkapan pihak JAIP pada malam kejadian, pihak polis yang bertugas dan melihat sendiri penderitaan mangsa yang ditahan di lokap IPD meluahkan rasa kasihan dan terkejut dengan tindakan JAIP sehinggakan menahan anak-anak kecil didalam sel lokap bersama ibu mereka.

"Kami sendiri tidak tahu bagaimana hal ini berlaku, kami cuma menerima arahan untuk menahan mereka, dan kami agak terkejut dengan tindakan pihak JAIP" kata seorang daripada pegawai polis yang tidak mahu namanya dikenali.

Sel lokap IPD Selama hanya dipinjam oleh pihak penguatkuasa JAIP untuk menahan dan mengurung mereka yang tertangkap seramai 100 lebih antaranya wanita dan anak kecil, tindakan pihak JAIP amat bertentangan dan tidak berprikemanusiaan terhadap hak asasi manusia yang diamalkan di Malaysia ke atas mereka yang tertangkap.

Malaysia adalah negara pertama didunia yang mengkafirkan kefahaman mazhab Syiah Jaafariah. Tindakan pihak penguatkuasa agama amat bertentangan dengan tanggapan dunia luar, dan mengusarkan lagi keadaan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Iran.

Sumber Berita WC4U

No comments:

Post a Comment