Blog Makanan di <b>Perak</b>: [TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Perak |
Blog Makanan di <b>Perak</b>: [TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> <b>...</b> Posted: 02 May 2014 01:44 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 11 Januari 2014 yang lalu, suatu program yang dipanggil PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014 telah berlangsung di DATARAN LENGGONG, LENGGONG PERAK. Pihak media & blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai dan juga mempromosikan makanan tradisi dinegeri Perak sekali gus mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini. Pesta makanan tradisional Lenggong ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zamberi Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi. Aktiviti disini sangat meriah dengan wujudnya gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi dan yang paling utama aktiviti makan-makan dan merasai keuinikan makanan tradisi Negeri Perak. Yessss patik tak nafikan makanan disini kebanyakkannya adalah makanan yang pertama kali patik rasai. Antara masakan yang patik ingat adalah masak lemak daging rusa, gulai siput sedut, sambal kelapa yang sangat perghhh pedas, gulai umbut pisang hutan, rendang daging masak hitam dan banyak lagi. Kebanyakkan bahan-bahan masakan mereka perolehi secara tempatan seperti cili padi, belacan, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, buah cermai, belimbing dan pelbagai bahan hutan. Korang tengok jee laaa meja kami yang sedia terhidang. Semuanya memang sedap-sedap belaka sampaikan kami hanya menjamah lauk sehingga selesai. Meriah kan?? Semoga PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG menjadi acara tahunan demi memperkenalkan makanan tradisi Negeri Perak khasnya dan mempromosikan kehebatan Negeri Perak amnye kepada semua. -Ahmad Fauzi Aryaan- | ||||
Railway Tourism - Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 18 Mar 2014 01:03 AM PDT Assalamualaikum :) Pada hari kedua di Perak , kami dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 (PMTL) . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Lenggong. Untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini dirasmikan oleh YB Dato Mohamed Nazri iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan. PMTL ini adalah salah satu acara tahunan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan khasnya dan negeri Perak khususnya . Acara ini bakal menyajikan pelbagai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana tempat di Malaysia ini. Makanan special bagi kami pada waktu tu ialah sambal kelapa limau , memang terbaik rasanya dan siap bungkus bawa balik lagi sambal kelapa tu . PMTL juga merupakan wadah bagi mempromosikan budaya warisan Melayu khususnya dalam penyediaan makanan tradisional tempatan yang unik dan asli kepada pelancong dalam dan luar negara. Salah satu acara menarik sempat kami lihat adalah acara demonstrasi memasak nasi dalam buluh dan pertandingan tumbuk sambal belacan. Ini menunjukkan kehebatan wanita Melayu Lenggong yang arif dalam penyediaan masakan tradisional Melayu. Harapan untuk PMTL adalah dapat generasi ke generasi membentuk sebahagian daripada budaya masyarakat yang perlu dikekal dan dikongsi bersama agar tidak luput ditelan masa.Antara makanan yang dihidangkan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 :
Tamatnya perasmian PMTL ini , kami mengunjungi booth booth yang ada di situ .. Akhir kata , PMTL ini sangat best kerana makanan nya sangat lah superb dan berasap !! Orang Perak punya makanan kan .. :) Dah singgah blog saya rajin la comment! Smile! :D |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment