Search This Blog

Saturday, May 3, 2014

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 - Blog Makanan di Perak - Blog Makanan di Perak

Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blog Makanan di Perak


Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b>

Posted: 25 Mar 2014 01:37 AM PDT

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca fuh.my. Hari ini admin nak ceritakan sambungan tentang entri yang lepas dimana admin dan rakan rakan blogger dan media dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki ETS (Electric Train Service) dari KL Sentral ke Ipoh, Perak sempena Pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi.

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Pada hari kedua admin di Ipoh, kami dijemput ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ini menyajikan lebih daripada 50 jenis masakan yang tediri daripada kuih muih dan pelbagai lagi. Pesta ini juga sekali lagi dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz.

DSC02272 Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Antara lauk pauk yang disediakan untuk kami semua, sangat sedap. Nampak macam biasa tapi sebenarnya luar biasa sebab rempah ratus yang digunakan.

Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti. Setahu admin pesta ini merupakan acara tahunan bermula tahun 2010 yang diadakan oleh Masyarakat Parlimen Lenggong yang diketuai oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah – Ahli Parlimen Lenggong. Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak.

Pada sebelah petang, kami dibawa oleh penduduk kampung beng untuk mandi air terjun, sangat sangat teruja. Perjalanan dalam 15 minit je dah sampai. Tempat yang sangat bersih dan sesuai untuk mandi manda.

RCP 1559 tonemapped Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisi Kampung Beng, sangat sedap sampai menjilat jari, tambah pula dengan adanya sesi karoke di antara penduduk kampung, bloggers dan media, sangat meriah pada malam itu.

RCP 1610 Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014Untitled 1 Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Tamat sudah untuk hari ini, tunggu entri berikutnya untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang Victoria Bridge yang sangat seronok. Apa apa pun makanan yang disediakan pada hari kedua kami di Ipoh dan Kampung Beng sangat sedap. Nak tahu apa aktiviti kami pada hari ketiga ? Sama sama kita tunggu. Kepada sesiapa yang terlepas entri yang pertama, sila tekan sini

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Comments

comments

No comments:

Post a Comment