Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> - Blog Makanan di Perak |
Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 - Blog Makanan di <b>Perak</b> Posted: 29 Apr 2014 02:06 AM PDT http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar ![]() |
Blog <b>Makanan</b> di <b>Perak</b> - Blogger Posted: 12 May 2014 01:44 AM PDT Cuba bayangkan .. Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP. Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini. Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri.. Rombongan kami disambut dengan kompang Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi. Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??* yang topi oren ni semua orang kampung teman akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini urmmmm Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk! Nak try?? Bahan-bahan nak buat Putu Mayam yong tau foo sedapnya dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. makanan pun dah habis Gulai Kemahang Rendang Daging Hitam Gulai Lemak Pisang & Daging Salai Ikan Pekasam Goreng Resepi Kebebe kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap okay sumpah sedap. nak lagi please? Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana.. "Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati" VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!! eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa dalam khemah sama, tapi berbeza waktu
masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!! food presentation paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami Nyum, Nyum, Onomnomnomnom makcik-makcik kampung yang peramah orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak suasana hangat makanan dah sedia dihidangkan Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori Ikan Panggang Masak Keladi Ikan Pais sambal tempoyak dan sambal belacan and ... and .. and kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti best!!! Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai. teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis Majlis Perasmian Orang ramai tak putus-putus datang.. Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya ~bersambung~ ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment